[Pengurusan Kewangan] Atas kertas nampak mudah. Realitinya?


Salah satu cabaran dalam mengurus kewangan adalah apabila individu tersebut tidak percaya apa yang telah dirancang. Mereka menganggap bahawa rancangan kewangan yang ditulis atas kertas tidak sama dengan realiti sebenar.

Betul. Rancangan yang ditulis diatas kertas memang tidak akan sama dengan realitinya. Objektif utama rancangan tersebut ditulis diatas kertas adalah sebagai petunjuk atau garis panduan kepada anda.

Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan realiti tidak sama seperti di atas kertas.

#1 Faktor luaran

Apabila menulis rancangan kewangan di atas kertas, terdapat beberapa faktor luaran yang tidak tertulis seperti perubahan undang-undang, kes kecemasan, gangguan pihak luar dan lain-lain lagi.

Faktor luaran akan menyebabkan hasil yang diterima tidak sama seperti apa yang telah dirancang di atas kertas.

Contoh yang biasa terjadi adalah apabila individu gagal menahan nafsu untuk tidak berbelanja berbanding membuat simpanan. Jika ikut rancangan kewangan awal, simpanan harus di buat sebanyak 10% dari gaji setiap bulan. Namun, disebabkan ingin membeli gajet yang mahal, simpanan gagal dilakukan.

Contoh lain adalah faktor emosi keluarga. Terdapat ibu bapa yang memaksa anak mereka untuk membeli kereta yang mahal walaupun di luar kemampuan anak mereka. Anak-anak yang hanya ingin mengikut permintaan ibu bapa mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak setiap bulan.

#2 Gagal sesuaikan dengan diri sendiri

Setiap orang mempunyai pendapatan dan perbelanjaan yang berbeza. Terdapat individu yang gagal mengubahsuai rancangan kewangan supaya sesuai dengan diri sendiri.

Rancangan kewangan untuk orang yang bergaji RM3,000 ke atas tidak sama dengan orang yang bergaji RM3,000 ke bawah. Sebelum ini, kami juga pernah mengeluarkan artikel pengurusan kewangan seperti berikut:


Contoh pengurusan kewangan tersebut mungkin tidak sesuai dengan semua orang. Perkara yang perlu anda buat adalah mengubahsuai rancangan kewangan tersebut supaya sesuai dengan diri anda.

#3 Rancangan tidak realistik

‘Gaji RM2,000 nak beli rumah berharga RM500,000’ – Ini adalah salah satu contoh rancangan atau matlamat yang tidak realistik.

Perkara yang sama juga berlaku dalam pengurusan kewangan. Pastikan pengurusan kewangan anda sesuai dengan diri anda. Semakin besar matlamat kewangan anda, semakin besar cabaran yang anda akan hadapi.

  • Simpanan yang dibuat setiap bulan walaupun sedikit tetapi konsisten setiap bulan
  • Ambil pelan perlindungan tidak melebihi 10% dari pendapatan anda
  • Buat pelaburan yang sesuai dengan pendapatan serta risiko yang anda mampu hadapi

Apabila rancangan kewangan yang dibuat tidak realistik, anda akan rasa terbeban untuk mengikut rancangan kewangan tersebut.

#4 Tiada ‘ilmu tindakan’ 

Anda mungkin telah pergi banyak seminar, membaca berpuluh buku kewangan dan berjumpa ramai pakar kewangan. Namun, itu bukan satu petanda yang anda akan berjaya menguruskan kewangan anda dengan baik.

‘Ilmu tindakan’ adalah ilmu yang biasanya hanya boleh dibelajar melalui pengalaman. Jika anda masih tidak ambil tindakan, anda tidak akan belajar ilmu tindakan ini.

#5 Takut rugi

Apabila anda terlalu fokus kepada masalah atau takut terhadap kerugian, anda akan lebih lewat untuk mengambil tindakan. Risiko tidak boleh dibuang 100% tetapi boleh dikurangkan.

Risiko dalam pelaburan boleh dikurangkan melalui dua cara iaitu ilmu dan pengalaman. Jika anda mengharapkan satu rancangan kewangan yang lengkap dan sempurna, anda tidak akan menjumpainya.

Setiap rancangan kewangan itu mempunyai risiko yang tersendiri. Belajar untuk mengawal risiko supaya anda tidak mengalami kerugian yang sangat teruk.

‘Jika anda tidak mengambil tindakan, anda mempunyai 100% untuk tidak mendapat keuntungan.
Jika anda mengambil tindakan, anda mempunyai 50% untuk mendapat keuntungan.’

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post