5 Sebab Kenapa Kes Penipuan Dan Scam Masih Berlaku Di Malaysia


Skim penipuan atau skim cepat kaya bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Ramai yang sudah menjadi mangsa dan ada juga mangsa yang tertipu berkali-kali.

Jika dilihat, dalang disebalik penipuaan skim cepat kaya dan penipuan ini adalah orang yang sama tetapi syarikat yang berbeza.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa skim cepat kaya masih lagi berlaku di Malaysia dan terus berkembang.

#1 Pemilihan mangsa yang tepat

Individu yang terlibat dan menjadi dalang disebalik kes penipuan dan skim cepat kaya hari ini sudah semakin bijak.

Mereka sudah pandai mencari target yang lebih mudah untuk tertipu.

Zaman sekarang, untuk tipu individu yang lebih mahir dalam penggunaan internet adalah lebih sukar. Mereka mempunyai akses untuk dapatkan maklumat berkenaan sesuatu skim.

Tetapi, bagi golongan yang tidak mahir dalam penggunaan internet, mereka adalah golongan yang lebih mudah tertipu terutama jika periklanan skim tersebut keluar di televisyen.

Dulu, setiap yang keluar di televisyen adalah sesuatu yang boleh dipercayai. Manakala hari ini pula setiap iklan yang keluar di televisyen adalah kerana mereka dibayar.


#2 Kurang kesedaran hal semasa

Walaupun anda seorang yang mahir dan sering menggunakan internet setiap hari, tidak bermaksud anda tidak akan mudah tertipu.

Kebanyakan mangsa juga tertipu hasil dari periklanan media sosial seperti Facebook dan lain-lain. Individu yang tidak peka dengan keadaan semasa, lebih mudah tertipu.

Antara contoh kes penipuan adalah berkenaan skim rumah yang terlalu murah sehingga menarik minat ramai orang. Jika anda seorang yang peka dengan kos untuk membina rumah, anda mungkin sedar yang rumah terlalu murah adalah mustahil.

#3 Murah, Jimat, Untung

Siapa yang tidak mahu murah, jimat dan untung? Ini adalah antara ayat marketing yang sering digunakan dalam penipuan dan skim cepat kaya untuk menarik minat orang ramai.

Ada individu yang terlalu percaya terhadap barang yang terlalu murah sehingga lupa kos sebenar barang tersebut. Kes yang sering berlaku adalah kerana keinginan untuk mendapatkan keuntungan dengan cepat dan mudah.

#4 Tiada tindakan tegas dan cepat

Kebanyakan kes penipuan berlaku hari ini biasanya akan viral terlebih dahulu di media sosial sebelum tindakan dari pihak berwajib diambil.

Jika dapat dilihat, individu yang pernah melakukan penipuan juga tidak serik dan akan melakukan perkara yang sama berulang kali. Mungkin kerana mereka sedar bahawa hukuman yang dikenakan adalah terlalu ringan.

Jika tiada tindakan dari pihak berwajib, biasanya duit dari pelanggan juga tidak akan dapat dipulangkan semula. Selain itu, kebanyakan mangsa juga gagal membuat laporan dengan pihak berwajib kerana takut duit mereka tidak akan dipulangkan semula.

#5 Permintaan

Permintaan untuk ditipu? Ya, ini yang berlaku di Malaysia.

Terdapat mangsa yang pernah tertipu dengan skim cepat kaya masih lagi tidak mahu mengambil pengajaran dan mahu terlibat sekali lagi.

Permintaan dari golongan seperti ini hanya membuatkan skim cepat kaya dan penipuan semakin berkembang.


#6 Orang kenamaan dan artis

Salah satu sebab orang ramai yakin bahawa skim cepat kaya atau penipuan tersebut adalah betul kerana terlibatnya orang kenamaan seperti menteri dan juga penglibatan artis yang mempunyai ramai peminat.

Apabila kes penipuaan tersebut menjadi hangat, orang kenamaan dan artis serta merta menafikan penglibatan mereka dalam skim penipuan tersebut.

Kebanyakan skim penipuan hanya menggunakan ‘gambar’ menteri dan artis untuk meyakinkan orang ramai sahaja.

Lebih memburukkan keadaan apabila artis terlibat secara langsung dalam skim penipuan untuk menipu orang ramai.

#7 Penipu semakin bijak

Penipu pada hari ini bukan sahaja dari golongan biasa-biasa malah golongan profesional juga terlibat sama. Mereka ini adalah golongan yang bijak pandai tetapi terlibat dalam penipuan semata-mata kerana wang.

Kelicikan mereka menyebabkan pihak berwajib semakin sukar untuk menahan dan membuktikan yang mereka adalah bersalah. Selain itu, mereka juga bijak dalam melawan segala hujah orang ramai untuk membuktikan yang mereka adalah benar.

Anda sebagai pengguna, harus lebih bijak dalam berbelanja dan menggunakan wang anda supaya tidak terlibat dalam sebarang bentuk skim penipuan dan cepat kaya.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post