Sistem Kejara : Lesen memandu anda akan digantung jika lakukan kesalahan ini


Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) akan dimulakan di seluruh Malaysia pada 15 April 2017 ini.

Apa itu sistem Kejara?

Sistem Kejara adalah satu sistem mata demerit yang akan diberikan apabila anda menerima notis saman dan telah berjaya diselesaikan. Notis saman tersebut mestilah telah dibayar kompaun atau denda di mahkamah.

Buat masa ini, hanya dua (2) jenis kesalahan yang akan diberikan mata demerit iaitu memandu melebihi had laju dan juga melanggar lampu isyarat.

Gantung dan batal lesen

1. Kali pertama 20 mata atau lebih

Anda akan menerima amaran manakala lebihan mata akan dibawa ke hadapan.

Contoh : Jika anda mengumpul 30 mata, anda akan menerima amaran dan 10 mata akan dibawa ke hadapan.

2. Kali kedua 20 mata atau lebih

Lesen memandu anda akan digantung untuk tempoh tidak kurang dari 6 bulan dan tidak lebih dari 12 bulan.

Bagi mengurangkan tempoh pergantungan, anda akan ditawarkan untuk menghadiri kursus pemulihan. Manakala lebihan mata akan dihapuskan.

Contoh : Jika anda mengumpul 30 mata, lesen anda akan digantung untuk tempoh tertentu dan lebihan 10 mata akan dihapuskan.

Baca : Lakukan 3 perkara ini bagi mengelakkan duit anda hilang ketika berbelanja

3. Kali ketiga 20 mata atau lebih

Lesen memandu anda akan digantung untuk tempoh tidak kurang dari 6 bulan dan tidak lebih dari 12 bulan.

Jika lesen memandu anda telah digantung sebanyak 3 kali dalam masa 5 tahun, lesen memandu anda akan dibatalkan.

Berkelakuan baik

Jika individu yang telah mengumpul mata tersebut berkelakuan baik iaitu tiada kesalahan dalam tempoh masa satu (1) tahun, 50% dari mata terkumpul akan dikurangkan.

Selain itu, jika individu tersebut tidak melakukan kesalahan dalam masa dua (2) tahun berturut-turut, semua mata demerit akan dihapuskan.

Comments

  1. Diharapkan perlaksanaannya tiada amalan 'DOUBLE STANDARD'....

    ReplyDelete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)