9 cara mudah orang lelaki boleh kumpul RM20,000 dalam masa setahun sebagai hantaran perkahwinan


Nak kahwin tetapi hantaran yang diletakkan terlalu tinggi? Ini salah satu cabaran yang dihadapi oleh orang lelaki hari ini apabila pihak perempuan meminta jumlah hantaran yang tinggi sehingga RM20,000.


Ramai yang mula mengeluh dan mengatakan untuk mencari RM20,000 itu sangat sukar dan permintaan tersebut terlalu tinggi.

Untuk dapatkan RM20,000 dalam masa setahun, ini bermakna anda perlu mengumpul RM1,700 setiap bulan. Jika gaji anda mencecah sehingga RM5,000 sebulan dan tidak mempunyai komitmen lain, mungkin mudah.

Berikut adalah 9 cara yang anda boleh lakukan untuk mengumpul RM20,000 dalam masa setahun.

#1 Simpan cara ikat perut

Cara pertama yang anda boleh lakukan adalah dengan mengikat perut setiap bulan dan lupakan semua perbelanjaan yang tidak penting. Jika gaji anda RM3,000 sebulan, anda hanya boleh berbelanja sehingga RM1,300 sahaja setiap bulan.

Baki RM1,700 lagi adalah simpanan anda untuk setiap bulan. Jika anda boleh menyimpan dengan tetap setiap bulan, hujung tahun anda akan dapat lebih dari RM20,000.

#2 Ejen atau dropship online

Jika cara pertama tadi sangat membebankan, anda boleh tambah pendapatan melalui perniagaan dropship online. Sekarang, sudah ramai pemilik produk yang mencari agen jualan produk masing-masing.

Ambil peluang ini untuk tambah pendapatan setiap bulan. Kebanyakan produk boleh memberi keuntungan sehingga RM20 - RM35 bagi sesuatu produk. Dengan anggaran 50 produk terjual setiap bulan, anda sudah boleh dapatkan RM1700 setiap bulan.

#3 Sublet

Jika anda mempunyai modal, anda boleh jalankan aktiviti sublet. Sublet adalah apabila anda menyewa rumah dari tuan rumah, kemudian sewakan semula rumah tersebut mengikut bilik kepada orang lain.

Anggaran keuntungan sewa yang anda boleh dapat bagi sebuah rumah adalah RM300 - RM500 setiap bulan. Jika anda berjaya menjaga 5 buah rumah setahun, keuntungan tersebut sudah cukup untuk dijadikan sebagai hantaran perkawinan.

#4 Mark up loan

Ini adalah cara yang sering digunakan oleh kebanyakan pelabur hartanah untuk mendapatkan tunai di tangan. Cara ini kelihatan mudah jika anda mempunyai ilmu berkenaan pelaburan hartanah.

Untuk dapatkan tunai melalui mark up loan, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan membeli rumah di bawah harga pasaran.

Contoh mudah adalah apabila nilai rumah tersebut RM100,000 tetapi anda beli dengan harga RM80,000. Ini bermakna anda sudah mendapat keuntungan sebanyak RM20,000.

#5 Ejen takaful

Komisyen bagi kebanyakan produk takaful adalah antara 20% hingga 35% secara amnya. Jika anda berjaya membantu orang ramai mengambil pelan perlindungan dan takaful dengan nilai RM10,000 setiap bulan, anda sudah boleh dapat RM2,000 komisyen sebulan.

Ini tidak termasuk lagi bonus yang diberikan oleh syarikat takaful sama ada bonus bulanan atau tahunan. Lebih menarik lagi, kebanyakan agensi dan syarikat takaful juga menawarkan 'hadiah' untuk anda rebut. Hadiah tersebut boleh dijual semula untuk dapatkan tunai dan dijadikan hantaran perkahwinan anda.

Baca : Cara-cara mendaftar sebagai ejen takaful

#6 Ejen unit trust

Selain takaful, anda juga boleh cuba bidang amanah saham atau unit trust. Terdapat banyak syarikat unit trust yang anda boleh sertai seperti CWA, Public Mutual, Manulife dan lain-lain lagi. Kebanyakan syarikat menawarkan komisyen antara 2% hingga 3% daripada jumlah pelaburan.

Jika anda buat secara separuh masa, anda boleh fokus kepada pelaburan unit trust melalui pengeluaran KWSP. Cara ini lebih mudah dan dipercayai oleh pelanggan.

#7 Part time restoran fast food

RM5 untuk satu jam nampak sedikit? Jika anda bekerja setiap hujung minggu selama 8 jam sehari atau 16 jam untuk sabtu dan ahad, anda boleh kumpul RM80 seminggu atau RM320 sebulan.

Ada juga restoran yang menawarkan gaji yang lebih tinggi iaitu RM10 untuk satu jam. Ini bermakna anda boleh kumpul RM640 sebulan dengan hanya bekerja sabtu dan ahad.  Jika anda sambung bekerja selepas waktu kerja, anda boleh tambah pendapatan sehingga RM600 sebulan iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat.

Selain itu, jika bekerja di restoran atau kedai makan, anda boleh jimat dengan banyak kerana makanan telah disediakan untuk anda

#8 Ejen printing baju

Jika anda berjaya menjual sehelai baju, anda boleh dapat keuntungan RM10 bagi setiap jualan. Setiap syarikat yang ingin menganjurkan majlis atau acara memerlukan baju tshirt untuk staff mereka. Jika mereka mempunyai 100 orang staff, anda sudah boleh mendapat keuntung sehingga RM1,000 bagi satu acara sahaja.

Selain syarikat, anda juga boleh dapatkan tempahan dari pihak sekolah, universiti dan lain-lain lagi. Cara ini lebih mudah jika anda mempunyai ramai kenalan dari pelbagai syarikat.

#9 Pinjaman peribadi dan kad kredit

Nak buat pinjaman peribadi atau kad kredit untuk majlis perkahwinan? Boleh, tetapi dengan syarat-syarat berikut:
  • Anda mempunyai pendapatan pasif yang cukup untuk bayar semula pinjaman tersebut tanpa menggunakan pendapatan aktif anda
  • Biar orang lain yang bayarkan hutang anda
  • Tempoh pinjaman adalah pendek
Sebenarnya banyak lagi cara yang anda boleh lakukan untuk mengumpul duit dan dijadikan sebagai hantaran. Banyak peluang yang ada mungkin anda tidak nampak.

Psst : Kalau boleh yang pihak wanita pun turut sama membantu pihak lelaki untuk cari duit. Perbelanjaan selepas berkahwin jangan lupa.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)