Senarai doa murah rezeki dan bebas dari hutang yang anda boleh amalkan


Doa merupakan satu senjata yang sangat kuat dalam meneruskan hidup di dunia ini. Dengan doa, anda boleh meminta apa sahaja yang baik-baik dan bermanfaat kepada diri anda dan orang lain.

Salah satu cara untuk terus mendapat rezeki adalah dengan berdoa dan memohon dari yang Maha Pemberi Rezeki.

Berikut adalah beberapa jenis doa yang boleh anda amalkan.

#Doa langsai hutang

اللَّهُمَّ اكْفِني بِحَلالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأغْنِني بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِواكَ

Maksudnya: Ya Allah, cukupkanlah keperluanku berupa yang Engkau halalkan daripada mengambil yang Engkau haramkan dan kayakan hatiku dengan kurnia-Mu daripada (mengharapkan) orang selain Engkau.
( Riwayat Tirmidzi & Ahmad : Hadis Sahih)

#Doa langsai hutang

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
 وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
 وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegelisahan dan kesedihan. Dan aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan. Dan aku berlindung kepada-Mu dari kebakhilan dan sifat pengecut. Dan aku berlindung kepada-Mu dari terjerat hutang dan penindasan.” (Riwayat Abu Dawud)

Baca : Perbezaan antara insuran konvensional dan takaful

#Selawat Murah Rezeki

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Ya Allah rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya

#Ayat Seribu Dinar

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْعَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا(

Maksudnya: Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar." "Dan memberinya rejeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (QS. Ath Tholaq: 2-3)

#Doa murah rezeki

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي

Allahumma , aksir maali, wa waladi, wa wassi’ li fi dari, wa barikli fi ma a’toitani, wa ahsin a’mali, warghfirli.

Maksudnya: Ya ALLAH, perbanyakkanlah hartaku dan anak-anak-anakku dan luaskanlah rumahku dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadaku dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku

Selain dari doa di atas, berikut adalah beberapa amalan yang anda boleh amalkan dalam menambah rezeki

  • Menghormati ibu bapa
  • Sentiasa bersedekah
  • Mengamalkan surah Al-Waqi’ah
  • Sentiasa beristighfar

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)