Bagaimana 'keyman policy' membantu syarikat anda dan adakah potongan cukai dibenarkan?


Ramai yang sudah tahu kepentingan mengambil insuran nyawa atau pampasan dari segi individu. Pada masa yang sama, insuran nyawa ini juga penting kepada syarikat yang sedang meningkat naik dan memperoleh keuntungan yang tinggi.


Apa itu keyman policy?
Keyman policy adalah satu perlindungan terhadap orang penting dalam syarikat bagi memastikan syarikat terus beroperasi seperti biasa walaupun kehilangan orang penting tersebut.

Apakah kepentingan mengambil keyman policy untuk syarikat?

  • Bagi memastikan operasi syarikat dapat diteruskan walaupun kehilangan orang penting 
  • Orang penting syarikat rasa lebih dihargai dan mempunyai rasa lebih sayang kepada syarikat
  • Melindungi nilai saham sesuatu syarikat jika berlaku kematian orang penting. Pelabur tahu bahawa syarikat tersebut sudah dilindungi oleh insuran
  • Sebagai perlindungan terhadap semua jenis hutang syarikat jika berlaku kematian orang penting
  • Premium tahunan yang dibayar adalah dianggap sebagai perbelanjaan syarikat yang dibenarkan dari sudut percukaian.(dengan syarat tertentu dibawah)
Adakah premium insuran merupakan perbelanjaan yang dibenarkan oleh percukaian?

Insuran nyawa tanpa pelaburan - Perbelanjaan yang dibenarkan

Berdasarkan Public Ruling yang dikeluarkan oleh pihak LHDN berkenaan keyman insurance (No. 2/2003), insuran nyawa dan kemalangan boleh dijadikan sebagai perbelanjaan syarikat yang dibenarkan dalam percukaian.

Pampasan yang diterima mestilah dibayar terus kepada syarikat dan bukan kepada individu tersebut.

Insuran nyawa dan pelaburan - Tidak dibenarkan

Jika polisi insuran tersebut mempunyai elemen pelaburan, premium yang dibayar tidak boleh dijadikan sebagai perbelanjaan syarikat yang dibenarkan. Ini kerana polisi tersebut adalah aset kepada syarikat kerana mempunyai nilai pelaburan pada masa akan datang.

Adakah pampasan yang diterima dikenakan cukai?

Insuran nyawa tanpa pelaburan - Dikenakan cukai

Oleh kerana premium tahunan adalah dibenarkan dalam perbelanjaan syarikat, pampasan yang diterima akan dikenakan cukai dan dianggap sebagai pendapatan syarikat.

Contoh : Syarikat telah mengambil satu polisi insuran nyawa tanpa pelaburan dengan premium tahunan RM30,000 dan perlindungan nyawa sebanyak RM1,000,000. Selepas 2 tahun, orang yang dilindungi syarikat tersebut telah meninggal dan syarikat telah menerima pampasan sebanyak RM1,000,000.

RM60,000 (RM30,000 x 2 tahun) premium yang dibayar dibenarkan dalam perbelanjaan syarikat. Namun, duit pampasan RM1,000,000 akan dikenakan cukai.


Insuran nyawa dan pelaburan - Tidak dikenakan cukai

Oleh kerana premium tahunan adalah tidak dibenarkan dalam perbelanjaan syarikat, pampasan yang diterima akan tidak dikenakan cukai dan dianggap sebagai pendapatan syarikat.

Contoh : Syarikat telah mengambil satu polisi insuran nyawa mempunyai manfaat pelaburan dengan premium tahunan RM50,000 dan perlindungan nyawa sebanyak RM2,000,000. Selepas 2 tahun, orang yang dilindungi syarikat tersebut telah meninggal dan syarikat telah menerima pampasan sebanyak RM2,000,000 beserta nilai pelaburan.

RM100,000 (RM50,000 x 2 tahun) premium yang dibayar tidak dibenarkan dalam perbelanjaan syarikat. Namun, duit pampasan RM2,000,000 dan nilai pelaburan tidak akan dikenakan cukai.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan keyman policy, sila hubungi kami melalui email duitkertas.com@gmail.com atau FB kami Nasihat Kewangan

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post