Perbezaan antara insuran konvensional dan takaful

Image result for takaful and insurance

Fatwa Majlis Kebangsaan telah bersepakat bahawa hukum mengambil serta mempromosikan insuran konvensional adalah haram. Hal ini kerana insuran yang berlandaskan konvensional adalah berasaskan riba.

Namun, pada hari ini masih terdapat individu muslim yang masih mengambil produk insuran konvensional atas faktor kekurangan ilmu dan mahukan keuntungan. Memang tidak dapat dinafikan kelebihan atau manfaat yang ditawarkan melalui produk insuran konvensional adalah lebih baik dan menguntungkan.

Berikut adalah beberapa perbezaaan antara insuran konvensional dan takaful.

Caruman setiap bulan

Insuran konvensional
Setiap premium yang dibayar adalah terus kepada syarikat insuran dan menjadi hak mereka. Ini bermakna, syarikat insuran bertanggungjawab untuk membayar setiap manfaat dan tuntuan yang dibuat oleh pembayar premium.

Takaful
Setiap caruman yang dibayar adalah dimasukkan ke dalam satu skim / tabung takaful yang dikendalikan oleh syarikat takaful yang kenali sebagai pengendali takaful. Melalui skim atau tabung takaful tersebut, setiap peserta sebenarnya menjamin atau membantu antara satu sama lain.

Selain itu, wang yang diterima juga bukan hak milik syarikat takaful kerana tugas syarikat takaful hanya untuk mengendali tabung takaful tersebut.

Pelaburan

Insuran konvensional
Pelaburan yang dibuat oleh syarikat insuran adalah berlandaskan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira patuh Shariah. Keuntungan yang diterima oleh syarikat insuran melalui pelaburan tersebut adalah hak milik penuh syarikat.

Takaful
Pelaburan yang dibuat pula adalah berlandaskan pelaburan yang patuh Shariah dan jauh dari riba. Manakala keuntungan yang diterima adalah hak milik skim atau tabung takaful tersebut selepas menolak kos-kos operasi.

Baca : Ambil pampasan secukupnya supaya anda tidak menyusahkan waris anda

Lebihan / keuntungan

Insuran konvensional
Setiap lebihan dari insuran yang diterima adalah hak milik syarikat insuran.

Takaful
Setiap lebihan akan dibahagi kepada setiap peserta setiap tahun.

Tuntutan

Insuran konvensional
Setiap tuntutan yang dibuat oleh pemegang polisi akan dibayar oleh syarikat insuran sendiri mengikut pelan insuran yang diambil.

Takaful
Tuntuntan yang dibuat oleh peserta pula akan dibayar menggunakan duit tabung takaful tersebut yang dikendalikan oleh syarikat takaful. Takaful menggunakan konsep derma dan tolong menolong.

Baca : Bagaimana ilmu kewangan mampu mengubah hidup seseorang

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)