'Piramid Kewangan' ini memudahkan pengurusan kewangan anda


Masalah kewangan biasanya berpunca dari pengurusan kewangan yang tidak teratur dan kurang meyakinkan. Pengurusan kewangan yang tidak teratur biasanya terjadi apabila kegagalan individu meletakkan wang mereka di dalam pelaburan, simpanan dan perlindungan dengan seimbang.

Piramid Kewangan ini akan membantu anda menyusun kewangan anda menjadi lebih teratur serta lebih kurang berisiko untuk mengalami masalah kewangan. Dalam sistem piramid kewangan ini, pengurusan simpanan, aset, pelaburan dan perlindungan dibahagi sebaiknya dengan seimbang.

Aset

Dalam kewangan, perkara penting yang anda perlu anda serta menjadi matlamat kewangan anda adalah aset seperti rumah dan emas. Aset seperti ini bertujua melindungi kita pada masa hadapan dari masalah kejatuhan nilai wang ringgit.

Pada masa yang sama, nilai untuk aset tersebut juga semakin meningkat naik.

Dalam Piramid Kewangan, aset terletak dikedudukan paling atas dengan kotak yang lebih kecil. Ini menunjukkan aset adalah perkara yang anda perlu ada walaupun dengan kuantiti yang sedikit. Menurut Robert Kiyosaki, rumah yang dijadikan pelaburan adalah aset manakala rumah untuk kediaman sendiri pula adalah satu liabiliti.

Namun, rumah tersebut tetap penting dan memberi banyak manfaat walaupun bukan untuk pelaburan. Rumah yang kita duduki itu boleh meningkat naik nilainya pada masa akan datang serta memberikan kita perlindungan untuk berteduh.

Manakala emas pula lebih mudah untuk dicairkan berbanding rumah.

Pelaburan

Pelaburan yang terdapat di dalam Piramid Kewangan ini terbahagi kepada dua iaitu pelaburan untuk jangka masa panjang dan untuk jangka pendek,

Pelaburan jangka masa panjang

Contoh terbaik pelaburan jangka masa panjang adalah seperti pelaburan unit trust dan saham. Anda boleh bermula melabur dalam instrumen ini dengan modal yang sangat rendah. Ketika usia masih muda, gunakan wang anda sebaiknya dengan melabur dalam unit trust untuk kegunaan pada masa akan datang.

Tempoh terbaik adalah melebihi 10 tahun atau sehingga anda berusia 55 tahun.

Pelaburan jangka masa pendek

Pelaburan jangka masa pendek ini boleh dilakukan untuk kegunaan seperti deposit rumah, deposit kereta, perbelanjaan perkahwinan atau kegunaan perbelanjaan anak-anak. Pelaburan ini biasanya tidak melebihi dari 5 tahun. Dengan tempoh yang pendek, keuntungan yang diterima juga tidak tinggi seperti pelaburan jangka masa panjang.

Antara contoh terbaik yang anda boleh lakukan adalah seperti pembiayaan ASB.

Simpanan

Setiap simpanan mestilah dibuat dengan matlamat yang jelas. Contoh matlamat simpanan adalah seperti berikut:

Simpanan kecemasan

Simpanan kecemasan boleh dilakukan sehingga anda mempunyai simpanan enam (6) bulan dari gaji semasa anda. Simpanan ini akan membantu anda ketika anda di dalam kecemasan seperti kerosakan kereta, masalah kesihatan dan lain-lain lagi.

Simpanan peribadi

Simpanan peribadi pula boleh dilakukan untuk kegunaan peribadi seperti pergi melancong, melakukan aktiviti luar, derma, beli gajet baru atau makan di tempat yang lebih mewah. Pengurusan kewangan yang baik tidak menghalang seseorang untuk menikmati kehendak individu.

Baca : Simpanan yang terlalu banyak juga sebenarnya akan merugikan anda.

Perlindungan

Perlindungan sangat penting kepada individu dan terbahagi kepada beberapa bahagian.

Pampasan

Tujuan pampasan diambil adalah untuk tidak membebankan waris anda. Individu yang perlu mempunyai pampasan ini adalah individu yang bekerja dan mempunyai tanggungan. Pampasan tersebut dijadikan sebagai penggantian pendapatan atau replacement income bagi waris atau individu dibawah tanggungan anda.

Baca : Berapakah jumlah pampasan yang perlu diambil oleh seorang suami?

Selain itu, pampasan ini juga akan membantu menyelesaikan hutang yang tertunggak. Pampasan menjadi lebih penting apabila anda menjadi satu-satunya individu yang bekerja dan menampung perbelanjaan keluarga.

Kad perubatan

Selain pampasan, kad perubatan juga penting bagi mengelakkan anda kehilangan simpanan anda. Jika berlaku masalah kesihatan yang melibatkan perbelanjaan serta kos yang tinggi, kad perubatan akan membantu anda tanpa menggunakan duit simpanan anda.

Masalah kesihatan atau kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dijangka. Konsep perlindungan adalah membantu anda menghadapi keadaan yang diluar jangkaan anda.

Comments

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)