Bagaimana ilmu kewangan mampu mengubah hidup seseorang



Gaji yang tinggi tidak menjamin seseorang untuk terselamat dari masalah kewangan. Walaupun mempunyai jawatan dengan gaji yang tinggi, golongan ini juga terlibat dalam masalah kewangan seperti muflis disebabkan hutang yang banyak.

Punca utama yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh kurangnya ilmu pengurusan kewangan yang betul. Berikut adalah beberapa sebab utama ilmu kewangan mampu mengubah hidup anda.

Mental dan cara berfikir
Individu yang mempunyai ilmu serta pengetahuan tentang pengurusan kewangan mempunyai persepsi yang berbeza terhadap pengurusan kewangan berbanding individu yang kurang ilmu tersebut.

Contohnya, individu yang berimu akan menganggap berjimat untuk simpanan yang dilakukan adalah satu pengorbanan. Namun, terdapat sesetengah individu yang mengangggap simpanan berlebihan itu adalah satu sikap kedekut.

Bagaimana anda berfikir terhadap sesuatu perkara adalah disebabkan oleh tahap ilmu yang anda miliki.

Rancangan kewangan
Kita hanya boleh merancang untuk mendapatkan sesuatu jika mempunyai ilmu. Tanpa ilmu, anda tidak boleh merancang kewangan anda dengan baik kerana tidak memahami konsep pengurusan kewangan.

Dengan ilmu kewangan yang kurus, anda boleh merancang untuk mendapatkan pelaburan yang baik, jenis perlindungan yang sesuai dengan gaya hidup dan simpanan yang cukup.

Hargai ilmu
Bagi individu yang sudah terbiasa mendapatkan ilmu kewangan sama ada melalui buku, seminar atau sesi sembang dengan rakan-rakan, mereka lebih menghargai ilmu tersebut. Mereka lebih mengetahu akan nilai ilmu tersebut kerana manfaat yang diterima.

Sebaliknya, terdapat juga individu yang tidak mahu pergi seminar atau beli bahan bacaan kerana menganggap satu pembaziran serta tidak memerlukan. Golongan seperti ini hanya akan mencari ilmu apabila sudah ditimpa masalah.

Baca : 11 soalan yang anda patut tanya ejen takaful sebelum berjaya 'YA'

Lebih mudah mengesan skim cepat kaya
Kebanyakan mangsa yang terlibat dengan skim cepat kaya adalah individu yang kurang ilmu kewangan dan mahu menjadi kaya dengan cepat. Bagi golongan yang mempunyai ilmu kewangan, mereka tahu kadar keuntungan yang biasa dalam pelaburan serta tidak berlebihan.

Sebab itu skim cepat kaya di Malaysia ini tidak pernah habis kerana masih ramai individu yang kurang ilmu pengurusan kewangan.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post