Rahsia pelabur hartanah dapatkan rumah yang murah di Lembah Klang


Ramai yang menyangka rumah di Lembah Klang semuanya sudah mahal dan hanya mampu lihat. Namun, masih terdapat rumah yang sebenarnya murah dan mampu milik di sekitar Lembah Klang.

Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh ikut.


#1 Realistik 

Ya. Perkara pertama anda perlu buat adalah menjadi manusia yang realistik terutama dengan keadaan semasa di Malaysia. Maksud rumah murah dan mampu milik bukanlah bermaksud rumah landed yang berharga RM100,000 di Lembah Klang.

Jika bajet anda hanya sekitar RM100,000, fokus kepada rumah flat atau apartment sahaja.

#2 Cari tuan rumah

Kebanyakan individu yang beli rumah pada harga yang murah atau lebih rendah dari harga pasaran semasa adalah mereka berurusan terus dengan tuan rumah. Kes seperti ini berlaku kerana tuan rumah atau penjual tidak terlalu memikirkan keuntungan terhadap rumah tersebut dan menjualnya pada harga lebih rendah.

Jika anda mencari iklan di internet, memang tidak akan jumpa iklan dari tuan rumah itu sendiri. Bagaimana untuk cari tuan rumah?
  • Kenalan rakan sekerja
  • Kedai runcit kawasan tersebut
  • Tanya pada jiran
  • Surau atau masjid 
Secara ringkasnya, anda hanya perlu 'ringan mulut' dengan orang ramai untuk dapatkan lebih banyak maklumat.
#3 Kenal ejen

Individu pertama yang mendapat maklumat berkenaan rumah yang murah adalah ejen hartanah. Rumah yang murah biasanya hanya mengambil masa yang singkat untuk dijual. Bagi ejen hartanah, mereka tidak perlu mengiklankan rumah yang murah kerana sudah mempunyai kenalan yang bersedia untuk membeli rumah.

Oleh itu, jika anda adalah sebahagian dari kenalan ejen hartanah, peluang anda untuk mendapat rumah yang murah adalah lebih mudah. 



#4 Lelong

Ketika ekonomi sedang merudum, banyak rumah yang terpaksa di lelong. Ini adalah peluang anda untuk mendapatkan rumah yang lebih murah. Jika anda bernasib baik, harga rumah tersebut mungkin 50% lebih rendah dari harga pasaran semasa.

Jika anda tidak mempunyai masa untuk menghadiri acara lelong, anda boleh melantik ejen untuk membida rumah tersebut bagi pihak anda.

#5 Survey, survey, survey

Cara ini mungkin mengambil masa tetapi amat berbaloi. Gunakan medium internet sebaiknya untuk mencari rumah yang murah. Jadi orang pertama yang melihat iklan rumah pertama dan ambil tindakan secepat mungkin.

Selain melalui internet, anda juga perlu rajin pergi survey iklan yang digantung dihadapan rumah tersebut. EJen hartanah dan tuan rumah juga akan menggantung banner iklan di hadapan rumah. 
#6 Projek kerajaan

Projek yang dikendalikan oleh kerajaan persekutuan dan negeri biasanya lebih murah dari harga pasaran semasa. Namun, terdapat syarat-syarat yang perlu anda patuhi dahulu. Jika anda layak, anda boleh mohon projek perumahan tersebut.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post