Syarat beli rumah kos rendah di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Kedah & Terengganu

Image result for how to apply housing

Bagi individu yang ingin beli rumah kos rendah, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Setiap negeri di Malaysia mempunyai syarat yang berbeza. Oleh sebab itu, anda perlu semak dahulu syarat yang telah ditetapkan.

Berikut adalah syarat utama yang perlu anda patuhi jika ingin beli rumah kos rendah mengikut negeri masing-masing. (Sila tekan pada nama negeri untuk sumber asal)

SELANGOR
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Bermastautin di Negeri Selangor
  • Satu keluarga satu permohonan sahaja
  • Pemohon atau suami/isteri pemohon belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta
  • Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan

  • Suami dan isteri adalah warganegara Malaysia
  • Telah berkahwin
  • Pendapatan terkumpul suami/isteri hendaklah :
    •  tidak melebihi RM2,500.00 untuk Kos Rendah
    • tidak melebihi RM3,500.00 untuk Kos Sederhana.
  • Pemohon hendaklah tinggal atau bekerja di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Tidak mempunyai rumah atau tanah dalam lingkungan 35km dari pusat bandar
  • Berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti
  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan Seisi Rumah Tidak Melebihi RM6,000.00 Sebulan.
  • Berkahwin (Jika Pemohon Bujang berumur 20 tahun ke atas)

  • Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemohon belum memiliki rumah kos rendah sahaja yang layak memohon.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan.
  • Warganegara Malaysia menetap di Johor selama 5 tahun dan berumur 18 tahun ke atas
  • Hanya satu permohonan bagi pasangan suami dan isteri
  • Had kelayakan gaji :
    • Harga Rumah : RM 42000.00 - Had Maksimum Pendapatan : RM 3001.00
    • Harga Rumah : RM 80000.00 - Had Maksimum Pendapatan : RM 5001.00

PAHANG
  • Warganegera Malaysia dan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;
  • Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan;
    • a) Perumahan Kos Rendah (Kerajaan) :-
      • Telah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas
      • Belum berkahwin tetapi berumur melebihi 35 tahun
    • b) Perumahan Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah (Swasta)
      • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas 
  • Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
  • Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah;
  • Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan;
  • Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan;
  • Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.
  • Warganegara MALAYSIA; keutamaan kepada rakyat Terengganu
  • 21 tahun sehingga 50 tahun sahaja layak memohon
  • Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang
  • Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima anugerah / bantuan tanah kediaman daripada pihak kerajaan
  • Pendapatan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM3500 sebulan
  • Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
  • Anggota beruniform bertugas di luar kawasan (luar Terengganu) layak dipertimbangkan
  • Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan sendiri
  • Pemohon berumur 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga terdekat
  • Kelulusan khas akan dipertimbangkan bagi penduduk yang terlibat dengan bencana alam / kebakaran atau pengambilan balik tanah oleh pihak kerajaan
Baca : Nak simpan 10% setiap bulan pun susah. Semak semula kewangan anda

Comments

  1. Salam tuan, saya cuma nak bertanya tentang khabar angin yang mengatakan syarat low cost untuk area kuala lumpur sudah tak apply. Sebab rumah area KL sudah mahal-mahal belaka. Adakah betul kahabar angin ini?

    ReplyDelete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)