Contoh pengurusan kewangan untuk mereka yang bergaji RM2,000 sebulan.



Ramai yang bergaji rendah terutama RM2,000 ke bawah masih tercari-cari apakah bentuk pengurusan kewangan yang baik untuk mereka.

Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi terutamanya di Lembah Klang, gaji tersebut agak sukar untuk membuat satu rancangan kewangan.

Namun, kami akan cuba kongsikan contoh pengurusan kewangan yang baik bagi mereka yang bergaji RM2,000.

Kereta

Nasihat pertama yang kami boleh berikan untuk mereka yang bergaji RM2,000 adalah cuba elakkan untuk beli kereta secara pinjaman pada peringkat awal.

Namun, jika keadaan terdesak juga, cuba cari kereta pada harga yang paling murah. Kos pemilikan kereta sebenarnya bukan sahaja pada bayaran ansuran setiap bulan malah terdapat banyak lagi kos yang terlibat seperti tol, minyak, maintenance, cukai jalan dan insuran.

Kereta merupakan satu liabiliti yang besar untuk penggunanya jadi ia tidak sesuai untuk mereka yang bergaji RM2,000.

Waktu terbaik untuk memiliki kereta adalah selepas anda mempunyai rumah pertama, caruman takaful dan simpanan 6 bulan. Bayaran ansuran pula adalah tidak melebihi 20% dari gaji anda. Jika gaji anda RM2,000, pastikan bayaran ansuran tidak melebihi RM400. Lagi rendah lagi baik.


Rumah

Dengan gaji RM2,000 sebulan, anda sebenarnya masih mampu memiliki sebuah rumah di Lembah Klang. Anda mampu untuk memiliki rumah yang berharga RM200,000 ke bawah.

Apa yang perlu anda buat adalah jadikan pembelian rumah sebagai matlamat utama dan cuba dapatkan rumah tersebut dalam tempoh setahun. Jika deposit menjadi masalah, cuba dapatkan rumah yang lebih rendah iaitu RM100,000 ke bawah.

Namun, rumah pertama lebih sesuai jika anda jadikannya sebagai pelaburan kerana ia akan membantu meningkatkan pendapatan pasif setiap bulan.


Takaful

Ambil takaful hanya selepas anda memiliki rumah pertama.

Anda boleh jadikan pendapatan pasif melalui sewa rumah tadi sebagai bayaran untuk caruman takaful setiap bulan. Dengan cara ini, anda tidak perlu mengeluarkan atau mengusik gaji anda untuk dapatkan perlindungan nyawa dan pendapatan anda.

Semak dahulu manfaat yang syarikat anda telah beri (jika ada), kemudian hanya ambil beberapa manfaat yang penting untuk anda seperti manfaat kematian, penyakit serius dan lain-lain. Jangan ambil takaful pada kadar yang berlebihan kerana ia akan merugikan dan membebankan anda.

Anda tidak perlu risau lagi tentang kos perubatan jika berlakunya kemalangan kerana anda sudah mempunyai satu pelan perlindungan pendapatan.

Simpanan 

Simpanan pertama yang anda perlu buat adalah simpanan untuk kecemasan selama 3 bulan gaji sahaja. Simpanan tiga bulan ini wajib anda buat selepas anda mendapat kerja pertama.

Selepas berjaya memiliki simpanan tersebut, barulah anda fokus kepada pembelian rumah dan caruman takaful.

Hanya anda perlu menjadikan simpanan tersebut kepada 6 bulan selepas berjaya memiliki rumah pertama dan takaful. Simpanan tersebut perlu dijadikan kepada 6 bulan kerana anda sudah memiliki rumah yang mungkin akan melibatkan kos pembaikan yang lebih tinggi.


Pelaburan

Akhir sekali, anda perlu rancang untuk kewangan pada masa hadapan anda sama ada untuk persaraan, dana pendidikan anak-anak atau pelancongan anda sendiri.

Anda boleh melabur di akaun amanah saham dengan modal yang rendah tetapi tetap setiap bulan. Buat simpanan dan pelaburan RM300 setiap bulan secara tetap dan anda akan dapat RM1 juta selepas 30 tahun dan ini adalah dana persaraan anda.


Contoh kewangan

Gaji : RM2,000

Rumah pertama (pelaburan) : RM0 (Pastikan kadar sewa melebihi bayaran ansuran)

Takaful : RM0 (Gunakan lebihan tunai dari sewa rumah untuk dijadikan caruman setiap bulan)

Pelaburan secara tetap : RM300 setiap bulan (RM3,600 setahun)

Kereta : RM800 (RM400 ansuran + RM400 kos lain)

Setiap bulan anda hanya perlu keluarkan kos RM1,100 (RM800 + RM300) dan anda masih lagi memiliki lebihan RM900 untuk dijadikan sebagai perbelanjaan harian anda.

Pada masa yang sama, anda sudah memiliki rumah sebagai satu aset, caruman takaful dan simpanan tetap untuk pelaburan persaraan anda.


Comments

  1. kat sini ..trabai 1 perkara...camana nak handle hutang yang sediaada ngan gaji sebanyak rm2K ..cam personal loan...ptptn...dan mcmana loan asb n loan unit trust tidak menganggu pinjaman perumahan>>

    ReplyDelete
  2. Alternatif yg lain ialah mengelakkan diri dari liability jangkapanjang sehingga mendapat simpanan 6 bulan gaji. Lebih tinggi simpanan ini lebih elok (tarbet 12 bulan)sebelum kita bercita-cita untuk membuat sebarang pelaburan.

    Perkara penting untuk individu yg bergaji kasar rm2000 ialah cash flow dan bukan risiko capital gain. Rule of thumb sebelum apa-apa pinjamam ial ada simpanan berasingan sebanyak 6 bulan instalment. Ruangan risiko untuk pendapat rm2000 sangat tipis. Focus on capital accumulation through savings and time. Sabar dulu...masa untuk melabur akan datang.

    ReplyDelete
  3. Gaji RM2000 selepas tolang EPF dan SOCSO, gaji bersih jadi RM17++, so:-

    (1) Rumah sewa yang sedang duduk = RM700
    (2)Hutang ptptn sebulan = RM100

    yang ni xkira lagi, so mcm mana nak bajet, huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemain kau sewa rmh smpi 700... keje kat rmh ke cane?

      Delete
    2. untung lah dapt sewa rumah 700, saya sewa skrg rumah rm1000 ni mcm mana...?

      Delete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)