Harga ayam masih murah. Rakyat Malaysia makan 1.8 juta sehari.


Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberitahu Harian Metro bahawa rakyat Malaysia makan 1.8 juta ayam sehari.

Dalam tempoh seminggu, pengeluaran ayam di Malaysia adalah sekitar 13 juta ekor dan sebahagian besar iaitu 12 juta ekor ayam adalah untuk kegunaan rakyat tempatan sendiri. Manakala baki tersebut adalah dieksport ke negara luar seperti Singapura. 

Selain itu, rakyat Malaysia juga makan 2.8 juta telur ayam sehari. Orang ramai memilih telur ayam kerana sumber protein yang tinggi dan lebih murah berbanding dengan ikan.

Beliau juga menambah " Kita tidak boleh kata harga ayam mahal. Ayam masih murah dengan kandungan protein yang murah. Dulu orang kata harga ayam mahal, sekarang harga ayam paling murah dan ayam paling penting."


Selain itu, ayam juga menjadi pilihan lauk utama untuk penjual nasi campur kerana rakyat Malaysia lebih gemar  makan ayam. Permintaan terhadap ayam juga meningkat ketika musim hari raya atau untuk majlis perkahwinan.

Sumber asal : Harian Metro

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)