Tip jimat duit yang anda boleh lakukan ketika pergi melancong



Ramai yang ingin melancong dengan bajet yang sangat minima. Jika dahulu hobi melancong ini hanya untuk orang yang kaya dan mempunyai duit, kini aktiviti melancong boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Berikut adalah beberapa tip jimat yang anda boleh amalkan ketika pergi melancong.

Waktu yang sesuai

Perkara paling penting adalah mencari waktu yang paling sesuai. Waktu terbaik dan paling murah adalah waktu yang tidak ramai orang atau pelancong. Ketika cuti sekolah, kos untuk pergi melancong biasanya lebih mahal disebabkan oleh permintaan dari orang ramai.

Pilih waktu yang tidak ramai orang dimana anda boleh minta diskaun atau harga lebih murah. Harga tiket kapal terbang juga lebih murah ketika waktu tiada sambutan dari orang ramai. Contohnya, hari hujung minggu biasanya lebih mahal dari hari biasa.

Tempah awal

Rancang aktiviti anda lebih awal untuk mendapatkan harga tiket kapal terbang yang lebih murah. Tempahan hotel atau tiket kapal terbang saat akhir biasanya melibatkan kos yang lebih tinggi. Selain itu, Jika Jalan perjalanan mengambil masa yang panjang, beli tiket kapal terbang pada waktu malam untuk jimat kos penginapan.

Anda juga boleh buat perbandingan harga tiket kapal terbang dan hotel melalui internet. Melalui cara ini, anda dapat pilih harga yang paling murah.

Berkumpulan

Jika anda masih bujang, pergi melancong secara berkumpulan lebih menjimatkan kerana banyak kos perbelanjaan yang boleh dikongsi bersama. Antaranya adalah seperti kos pengangkutan, makan dan penginapan.

Selain itu, pergi secara berkumpulan juga dapat mengelakkan dari ditipu oleh orang tempatan.

Baca : 6 matlamat kewangan yang anda perlu capai sebelum umur 30 tahun

Bawa makanan segera

Jika anda pergi ke luar negara, jangan terkejut jika makanan seperti nasi dijual pada harga yang sangat mahal. Oleh itu, jika anda memang hanya makan nasi, pastikan anda bawa makanan sendiri seperti lack segera yang mudah untuk dihidangkan.

Makan sebelum lapar

Sebelum anda keluar dari bilik hotel dan pergi berjalan, pastikan anda tidak berada dalam keadaan yang sangat lapar. Pada masa yang sama, jangan tempah makanan ketika anda sangat lapar. Perkara ini menyebabkan anda akan menempah makanan dengan banyak mengikut nafsu.

Baca : Kos sebenar untuk membesarkan seorang anak di Malaysia.

Kenderaan awam

Jika anda pergi melancong seorang diri, menaiki kenderaan awam lebih menjimatkan. Tetapi, jika anda pergi secara berkumpulan, anda boleh menyewa kereta dengan berkongsi kos sewa tersebut. Namun, jika kawasan perlancongan tersebut adalah di tengah-tengah bandar, menaiki kenderaan awam lebih baik.

Dengan menaiki tren, anda boleh berjimat dengan banyak dan pergi ke banyak tempat. Anda boleh cuba dapatkan tiket tren untuk kegunaan satu hari kerana harganya lebih murah.

Jauh sedikit dari kawasan tumpuan 

Hotel dan kedai makan yang berada di betul-betul kawasan tumpuan pelancong biasanya lebih mahal. Oleh itu, cara terbaik adalah dengan menginap di kawasan yang berhampiran kawasan tumpuan pelancong tersebut.

Kenalan orang tempatan 

Jika anda mempunyai kenalan di kawasan yang anda ingin pergi melancong, banyak juga perkara yang anda boleh jimat dengan bantuan mereka. Jika anda mempunyai kawan di kawasan tersebut, anda juga boleh dapatkan nasihat berkenaan restoran yang sedap dan murah.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post