Bagaimana untuk mengurus kewangan ketika hujung tahun dan cuti sekolah



Kebanyakan kedai dan pasaraya akan membuat promosi akhir tahun untuk menarik pelanggan mereka. Sebab itu setiap kali hujung tahun, ramai ibu bapa yang berbelanja lebih banyak dari kebiasaannya.

Bagi mengelakkan masalah 'poket bocor' atau berbelanja secara lebih pda hujung tahun, berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh ambil.

Simpanan

Sebelum tiba hujung tahun, pastikan anda sudah mempunyai tabung atau simpanan sendiri sebagai persediaan perbelanjaan akhir tahun. Antara perbelanjaan yang banyak dikeluarkan ketika hujung tahun adalah kos perbelanjaan sekolah anak-anak.

Tabung atau simpanan ini juga bagi mengelakkan anda mempunyai masalah kebocoran wang dari menggunakan gaji semasa anda. Selain itu, simpanan ini juga bagi mengelakkan anda berbelanja dengan kaedah berhutang seperti pinjaman peribadi atau kad kredit.

Rancang

Salah satu cara untuk mengurangkan kos perbelanjaan adalah dengan merancang perbelanjaan anda seawal mungkin. Buat satu bajet perbelanjaan untuk diri dan keluarga supaya setiap perbelanjaan dapat dikenal pasti.

Ketika anda merancang perbelanjaan, pastikan anda mengambil kira juga kos-kos kecil dan tersembunyi seperti petrol, makan di luar dan lain-lain lagi.

Hujung tahun ini juga anda boleh merancang kewangan anda untuk tahun hadapan. Fokus kepada asas pengurusan kewangan seperti aset, pelaburan, simpanan dan perlindungan.

Tambah pendapatan

Selain itu, ketika hujung tahun juga waktu terbaik untuk anda tambah pendapatan. Perkara ini disebabkan oleh cuti sekolah dimana kuasa membeli kanak-kanak adalah sangat tinggi. Ambil peluang ini untuk tambah pendapatan anda.

Baca : Kerja makan gaji susah nak kaya? Ada caranya

Waktu yang sesuai

Cuti sekolah memang akan kelihatan semua pasaraya dan kedai sentiasa penuh dengan orang ramai. Namun, anda boleh memilih untuk pergi ke pasaraya ketika waktu awal pagi dan lewat malam. Ketika waktu ini, tidak ramai orang di dalam pasaraya tersebut dan memudahkan anda untuk membeli barang.

Apabila pasaraya menjadi sesak dengan orang ramai, perkara tersebut akan menyebabkan anda terburu-buru untuk mendapatkan sesuatu barang tanpa melihat secara lebih terperinci.

Promosi

Anda perlu menjadi lebih kreatif untuk mendapatkan pelbagai jenis kad diskaun dan baucer dalam setiap perbelanjaan anda. Gunakan promosi, baucer atau kad diskaun sebaiknya untuk mengurangkan kos perbelanjaan walaupun sedikit.

Selain itu, hujung tahun juga menjadi waktu terbaik untuk anda gunakan setiap mata terkumpul atau bonus dari kad kredit anda.

Baca : Berbelanja untuk dapatkan tiket kapal terbang percuma

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post