6 matlamat kewangan yang perlu anda capai sebelum umur 30


Rancangan kewangan yang bermula sejak dari muda lagi memudahkan anda mencapai matlamat kewangan anda sebelum umur 30 tahun. Selepas umur 30 tahun, anda semakin sukar untuk mencapai matlamat kewangan tersebut kerana komitmen yang sudah tinggi.

Berikut adalah antara matlamat kewangan yang anda perlu dicapai sebelum umur anda 30 tahun.

Rumah sendiri

Memiliki rumah sendiri menjadi impian setiap keluarga. Ketika masih muda, anda lebih mudah untuk beli rumah kerana komitmen yang masih rendah. Tetapi, jika anda sudah terjerat dengan pelbagai jenis hutang seperti kereta, pinjaman peribadi dan kad kredit, permohonan perumahan anda menjadi lebih sukar.

Rumah pertama anda perlu ikut kemampuan kewangan anda. Jangan terlalu memilih kerana perkara tersebut hanya akan melambatkan anda mendapatkan rumah pertama.

Rumah pelaburan

Selain rumah untuk duduk sendiri, anda juga perlu dapatkan sekarang-kurangnya satu rumah sebagai pelaburan. Rumah tersebut boleh dijadikan sebagai aset dan kegunaan anak-anak anda pada masa akan datang.

Lebih baik lagi jika anda boleh sediakan rumah untuk semua anak anda. Generation mereka mungkin mempunyai masalah memiliki rumah pada masa akan datang disebabkan oleh harga rumah yang semakin meningkat.

Simpanan tunai RM30,000

Jika anda berumur 25 tahun, anda mempunyai 5 tahun untuk mengumpul wang tunai sebanyak RM30,000. Wang tersebut adalah untuk digunakan sebagai wang kecemasan dan sangat penting terutama untuk individu yang sudah berkeluarga.

Baca : Kerja makan gaji susah jadi kaya? Ada caranya

Perbelanjaan yang sukar dijangka seperti kerosakan rumah, kereta, perbelanjaan anak-anak dan kehilangan barang berharga menyebabkan wang tunai tersebut sangat penting.

Pelaburan Unit Trust / ASB

Antara pelaburan paling mudah untuk jangka masa panjang adalah pelaburan unit trust dan ASB. Pastikan anda sudah mempunyai salah satu akaun pelaburan tersebut sebelum umur anda 30.

Semakin lambat anda mula melabur, semakin tinggi modal yang diperlukan. Anda boleh bermula dengan jumlah pelaburan yang rendah dahulu dan tingkatkan jumlah pelaburan tersebut jika sudah mempunyai kemampuan.

Takaful

Perkara penting lain yang perlu anda miliki sebelum umur 30 adalah pelan perlindungan diri atau takaful. Jika anda mengambil takaful sebelum umur 30 tahun, premium yang perlu dibayar adalah lebih murah berbanding ketika umur anda sudah melebihi 30 tahun.

Jika anda sudah berkeluarga, pastikan setiap ahli keluarga anda sudah mempunyai pelan perlindungan ini. Jika berlaku kemalangan, kos perubatan tersebut tidak akan mengurangkan simpanan anda.

Kos perubatan yang tinggi juga menjadi sebab anda perlu mempunyai pelan perlindungan secukupnya.

Pelaburan anak-anak

Selain pelaburan untuk diri sendiri, buat juga satu akaun pelaburan untuk anak-anak anda. Selain untuk mendidik anak-anak anda, pelaburan atau simpanan tersebut juga boleh membantu anda untuk dijadikan sebagai perbelanjaan pendidikan pada masa akan datang.

Baca : Kenapa pelan persaraan perlu bermula ketika masih muda 

Jika anda sudah mempunyai enam (6) perkara diatas, kehidupan selepas berumur 30 tahun menjadi lebih mudah.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post