Kos sebenar untuk membesarkan seorang anak di Malaysia

Image result for cost of raising children

Sebelum anda merancang untuk melansungkan perkahwinan, satu perkara penting yang perlu anda buat adalah berkenaan persediaan kos menyara ahli keluarga baru atau anak anda. Kos menyara seorang anak terutamanya anak pertama adalah sangat tinggi.

Oleh sebab itu, anda perlu bersedia dari segi kewangan sebelum merancang mempunyai anak. Berikut adalah beberapa jenis kos dan perbelanjaan asas yang perlu anda keluarkan untuk menyara seorang anak di Malaysia.

Makanan dan minuman

Perbelanjaan paling besar adalah berkenaan dengan makanan dan minuman anak anda terutama ketika mereka masih kecil kerana mereka memerlukan jenis makanan dan minuman yang spesifik. Untuk susu sahaja, perbelanjaan yang dikeluarkan boleh mencecah sehingga RM500 sebulan untuk susu formula yang baik.

Setiap ibu bapa mahu berikan sumber makanan yang baik kepada anak mereka. Namun, jika perbelanjaan dan kos yang dikeluarkan terlalu tinggi, perkara tersebut akan membebankan ibu bapa.

Pakaian

Pakaian kanak-kanak lebih mahal berbanding pakaian dewasa. Inilah realitinya. Untuk anak pertama, anda memerlukan pakaian baru yang cukup untuk anak anda. Berbanding anak seterusnya, anda boleh gunakan pakaian yang sama untuk mereka tanpa perlu beli yang baru.

Baca : 5 perkara yang anda boleh lakukan untuk berjimat di tempat kerja

Selain itu, kos lampin bayi juga sangat tinggi. Purata harga bagi lampin bayi adalah antara RM30 hingga RM60 bergantung kepada kualiti dan jenama lampin bayi tersebut.

Pusat penjagaan

Yuran untuk pusat penjagaan anak di Lembah Klang adalah antara RM350 hingga RM1,000 bergantung kepada umur anak anda. Bagi ibu bapa yang keduanya bekerja, mereka terpaksa menghantar anak mereka ke pusat jagaan.

Untuk ibu bapa yang mempunyai dua atau tiga orang anak kecil, kos tersebut mungkin membebankan mereka.

Pendidikan

Pendidikan anak-anak bermula sejak dari kecil lagi terutama bagi golongan ibu bapa yang sangat mementingkan pendidikan. Proses pembelajaran bukan sahaja setakat di sekolah, malah sehingga ke pusat tuisyen atau kelas tambahan.

Baca : Ambil pinjaman peribadi untuk perbelanjaan harian. Ini puncanya.

Sekolah rendah mungkin masih lagi murah yurannya, namun terdapat juga kos lain yang terlibat seperti uniform sekolah yang perlu di tukar setiap tahun, buku sekolah dan juga aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Permainan

Permainan kanak-kanak juga sangat penting dalam proses pembesaran mereka. Mereka perlukan sesuatu yang menarik dan mampu membuat mereka gembira. Kos barang 'permainan' kini menjadi lebih mahal apabila terdapat ibu bapa yang menggunakan gadget yang mahal seperti smartphone dan tablet sebagai barang permainan mereka.

Secara umumnya, kos untuk menyara seorang anak kini melebihi dari separuh dari pendapatan ibu bapa. Oleh sebab itu, kewangan yang kukuh sangat penting sebelum anda merancang untuk memiliki anak.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post