5 punca yang menyebabkan polisi takaful anda menjadi mahal.

Image result for expensive insurance
Adakah anda rasa pelan takaful yang anda ambil sekarang terlalu mahal atau tidak berbaloi? Mahal atau murah adalah sesuatu yang subjektif. Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan caruman bulanan seseorang itu tidak sama antara satu sama lain.

Walaupun mempunyai umur yang sama, tidak bermakna caruman bulanan seseorang itu juga akan sama. Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan caruman bulanan polisi takaful anda menjadi mahal.

Umur

Semakin tua, semakin mahal? Bukan. Sebetulnya adalah semakin tinggi risiko, semakin mahal caruman. Bayi yang baru lahir biasanya lebih mahal dari remaja yang berusia 15 hingga 18 tahun kerana risiko kesihatan yang lebih tinggi.

Setelah umur anda mencapai 18 tahun, kebiasaannya caruman takaful anda akan menjadi semakin mahal setiap tahun. Jika anda ambil produk takaful yang mempunyai pelaburan, caruman anda tidak akan berubah sejak dari anda ambil polisi tersebut lagi.

Awas! Setiap syarikat takaful mempunyai hak untuk menaikkan caruman bulanan anda jika kos pengurusan takaful semakin meningkat dan keuntungan pelaburan juga tidak mampu untuk menampung kos tersebut. Ada juga beberapa syarikat takaful yang memberi jaminan tiada kenaikan untuk lima tahun pertama.

Oleh sebab itu, jangan tunggu terlalu lama untuk membuat keputusan mengambil pelan perlindungan ini.

Jantina

Caruman untuk wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Secara umum, perkara tersebut juga disebabkan oleh risiko wanita yang lebih tinggi. Seperti yang kita tahu, kaum wanita lebih terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang serius berbanding lelaki.

Bagi melindungi kaum wanita, anda perlu ambil manfaat tambaha khas untuk wanita seperti kanser dan juga komplikasi ketika mengandung.

Jenis pekerjaan

Pekerjaan yang merbahaya serta berisiko tinggi terpaksa membayar caruman yang lebih tinggi berbanding jenis pekerjaan yang berisiko rendah. Pekerja yang banyak menghabis masanya di atas jalan raya lebih berisiko untuk mengalami kemalangan berbading pekerja yang hanya bekerja di pejabat.

Baca : '3 jenis tempoh penting dalam polisi takaful yang perlu anda tahu.'

Merokok

Syarikat takaful memberi peluang kepada perokok tegar untuk mengambil pelan takaful walaupun golongan ini sebenarnya mempunyai risiko kesihatan yang sangat tinggi. Oleh sebab itu, caruman bagi perokok itu sendiri adalah lebih tinggi berbanding individu yang tidak merokok.

Jika anda tidak merokok, ini adalah peluang anda untuk ambil pelan takaful dengan caruman lebih rendah berbanding perokok. Dapatkan quotation  takaful terlebih dahulu untuk melihat caruman yang perlu anda bayar setiap bulan.

Penyakit sedia ada

Jika seseorang yang sudah menghidap penyakit, syarikat takaful tidak akan menanggung kos rawatan untuk penyakit sedia ada tersebut atau penyakit baru yang berkenaan dengan penyakit sedia ada tersebut. Oleh sebab itu, orang yang mempunyai penyakit biasanya akan di minta untuk membuat laporan kesihatan (medical check up) oleh syarikat takaful.

Pihak syarikat takaful, akan membuat penelitian sama ada akan menerima dan meluluskan polisi tersebut atau menolak polisi tersebut. Terdapat keadaan dimana pihak syarikat takaful meluluskan polisi tersebut tetapi dengan caruman yang lebih tinggi atau dipanggil sebagai loading.

Untuk mengelakkan masalah ketika anda membuat tuntutan di pada masa hadapan, pastikan anda memberi maklumat yang betul dan tepat berkenaan kesihatan anda.

Baca : 'Berapakah jumlah sebenar pampasan yang perlu diambil oleh seorang suami.'

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post