
Mengubah manusia lebih sukar dari mengalihkan gunung yang tinggi. Ini adalah satu perumpamaan yang menggambarkan kesukaran untuk mengubah sikap seseorang. Namun, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil untuk di capai.
Jika anda masih sukar untuk mengubah sikap anda yang negatif, anda boleh cuba 5 perkara berikut setiap pagi sebagai langkah awal dalam melakukan perubahan dalam diri.
Bangun awal
Bangun seawal 5.00 pagi setiap hari. Apabila anda bangun awal, ini bermakna anda mempunyai banyak masa berbanding orang lain. Anda juga mempunyai masa untuk melakukan perkara yang orang lain tidak dapat lakukan.
Sebab itu ramai orang kaya yang bangun awal pagi dan merasakan hari mereka mempunyai 25 jam sehari! Selain itu, apabila anda bangun awal pagi, anda akan dapat merasa suasana yang sunyi dan tenteram. Ini adalah waktu terbaik untuk anda merancang atau menyelesaikan masalah kerana otak anda masih segar.
Bersenam
Bersenam pada waktu pagi juga dapat menyihatkan tubuh badan anda. Tubuh badan yang sihat biasanya meransang otak yang cergas. Pada masa yang sama, badan anda juga akan lebih bertenaga untuk menempuh hari yang mungkin akan memenatkan.
Selain itu, jika anda bekerja di pejabat dengan menghabiskan banyak masa duduk diatas kerusi sambil menghadap komputer, senaman waktu pagi boleh dijadikan rutin harian anda. Ini lebih seimbang.
Baca : 5 tabung simpanan yang anda wajib ada
Sarapan pagi
Sarapan pagi bukan bermaksud anda perlu mengambil makanan seperti nasi lemak, roti canai dan makanan yang kurang berkhasiat. Ikut pelan atau jadual pemakanan yang sihat bermula dengan sarapan.
Makanan pada waktu pagi akan membolehkan anda menjadi lebih bertenaga sepanjang hari sehingga waktu tengah hari. Jika perut anda merasa lapar kerana tidak mengambil sarapan, ini akan menggangu tumpuan anda untuk melakukan pekerjaan.
Merancang aktiviti
Waktu pagi sangat sesuai jika anda mahu merancang aktiviti harian pada hari tersebut. Tulis diatas kertas atau buku tentang aktiviti yang anda akan buat pada hari tersebut. Jika anda tidak merancang aktiviti anda, anda mungkin akan melakukan perkara yang sia-sia.
Baca : Apa itu analisis S-W-O-T dalam pelaburan hartanah
Apabila anda sudah mempunyai rancangan, hidup anda akan lebih teratur dan efisen. Selain itu, anda juga akan lebih mudah untuk mencapat matlamat yang anda mahukan dengan bantuan dari rancangan aktiviti tersebut.
Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal.Berhenti mengeluh dan bersyukur
Akhir sekali, jika anda mahu mengubah hidup anda, berhenti memberi alasan atau mengeluh. Pada masa yang sama, sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah anda terima seperti nikmat kesihatan, kebahagiaan dan juga rezeki kekayaan.
Cuba berhenti mengeluh selama 24 jam dan lihat kesannya.Selain itu, anda juga perlu tetapkan satu matlamat yang jelas tujuan anda ingin mengubah. Sesetengah orang ingin mengubah hidup kerana ibu bapa, pasangan atau anak-anak. 'Big Why' seperti ini biasanya akan mendorong kita untuk berusaha lebih gigih.