5 sikap buruk rakyat Malaysia ketika berbelanja

Image result for bad habit spending money

Salah satu punca kadar kenaikan bankrap anak muda meningkat sehingga 184% adalah disebabkan oleh sikap buruk mereka ketika berbelanja. Apabila perbelanjaan bulanan tidak terkawal dan terlalu tinggi, mereka gagal melakukan simpanan dan pelaburan untuk jangka masa panjang mereka.

Berikut adalah lima sikap buruk yang sering dilakukan oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang menyebabkan pengurusan kewangan mereka menjadi lemah.

Tiada senarai barang

Ini adalah perkara simple tetapi sangat penting yang perlu anda buat. Walaupun hanya sekadar 'senarai barang', tetapi tindakan ini membantu anda mengawal perbelanjaan ketika berada di pusat beli belah.

Sebelum merancang keluar untuk pergi ke pasaraya, pastikan anda mempunyai senarai barang yang anda ingin beli. Perkara ini bagi mengelakkan anda 'terbeli' barang yang anda tidak sepatutnya beli atau bukan satu keperluan.

Terdapat 3 faktor yang menyebabkan orang ramai 'terbeli' barang di pasaraya walaupun barang tersebut bukan satu keperluan:

1. Teknik pemasaran yang berkesan oleh penjual
2. Promosi yang terlalu tinggi
3. Stok terhad

Oleh sebab itu, bagi mengelakkan anda 'terbeli' barang yang bukan keperluan, anda memerlukan satu senarai barang yang ingin dibeli sebelum sampai ke pasaraya. Teknik dan cara ini dapat menjimatkan duit anda.

Tidak buat perbandingan

Tahukah anda bahawa orang kaya adalah golongan paling rajin untuk membuat survey atau perbandingan harga sebelum berbelanja. Sikap seperti ini sebenarnya dapat menjimatkan banyak duit anda kerana setiap kedai atau pasaraya mempunyai harga barang yang berbeza.

Anda anda hanya perlu survey ke dua atau tiga buah pasaraya sahaja. Bandingkan harga bagi sesetengah produk yang murah atau ketika mereka mengadakan promosi dan jualan murah.

Kini, anda boleh membuat perbandingan harga hanya melalui internet dengan di SmartShopperMelalui website tersebut, anda boleh lihat harga bagi sesuatu barang yang paling murah di pasaraya seluruh Malaysia.

Keluar terlalu banyak tunai

Salah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia adalah menyimpan terlalu banyak tunai di tangan mereka. Apabila anda memegang terlalu banyak tunai, perbelanjaan yang bakal anda buat kebanyakan adalah perbelanjaan 'tanpa sedar'.

Anda mungkin berbelanja kerana beranggapan bahawa anda sebenarnya masih banyak duit. Terdapat juga keadaan yang lebih membimbangkan apabila anda ingin berbelanja kerana masih terdapat tunai di tangan anda. Kes seperti ini menyebabkan ramai yang tidak mempunyai simpanan setiap hujung bulan.

Baca : Bagaimana untuk jimat berbelanja RM1,000 sebulan?

Tidak rekod perbelanjaan bulanan

Adakah anda pernah merasa apabila tiba hujung bulan, duit simpanan dalam bank hanya tinggal sedikit sahaja dan anda sendiri tidak pasti ke mana duit tersebut hilang? Perkara seperti ini terjadi disebabkan kerana anda tidak merekod perbelanjaan bulanan anda.

Kenapa anda perlu merekod perbelanjaan bulanan anda?
1. Untuk buat satu analisa perbelanjaan supaya anda dapat lihat ke mana duit anda di belanjakan.
2. Membantu anda membuat bajet pada bulan berikutnya.
3. Mengenalpasti perbelanjaan berdasarkan keperluan dan kehendak.

Baca : Dengan teknik simple budgeting ini, anda tidak perlu merekod perbelanjaan harian anda.

Berbelanja ketika stress

Memang tidak dapat dinafikan apabila kita berbelanja untuk perkara yang kita mahukan (kehendak), dapat menghilangkan stress. Namun, teknik tersebut sebenarnya memberi kesan yang buruk terhadap pengurusan kewangan anda.

Anda mungkin berbelanja terlalu tinggi hanya disebabkan ingin menghilangkan tekanan di tempat kerja. Ketika anda stress, sebaiknya jangan pergi ke pasaraya walaupun sekadar ingin berjalan-jalan. Perkara tersebut akan menyebabkan keinginan anda untuk berbelanja sangat tinggi.

Sebelum anda buat keputusan untuk berbelanja, pastikan diri anda dalam keadaan yang tidak tertekan supaya anda boleh buat keputusan yang baik.

Baca : Sebutharga takaful mengikut bajet anda melalui email sahaja.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post