Apa itu analisis S-W-O-T dalam pelaburan hartanah?

Image result for swot analysis

Antara teknik yang digunakan untuk membuat analisis dalam pelaburan hartanah adalah menggunakan analisis SWOT. Apakah itu SWOT? S adalah Strength atau kekuatan, W adalah Weakness atau kelemahan, O adalah Opportunity atau peluang dan T adalah Threat atau ancaman.

Tujuan analisis ini dilakukan adalah untuk menilai sesuatu hartanah sama ada sesuai atau tidak untuk dijadikan sebagai pelaburan.

STRENGTH / KEKUATAN

Antara kekuatan atau kelebihan yang kita boleh lihat terdapat pada hartanah tersebut adalah melalui pulangan sewa yang diterima setiap bulan. Anda boleh lihat jika anggaran sewa yang diterima adalah melebihi dari ansuran bulanan serta kos-kos lain, itu adalah kelebihan untuk rumah tersebut.

Selain itu, permintaan yang tinggi juga menjadi satu kelebihan terhadap rumah tersebut. Salah satu cara untuk menilai sama ada rumah tersebut mendapat permintaan yang tinggi adalah dengan kemasukan penyewa yang mudah dan cepat.

Kemudahan yang terdapat disekitar rumah tersebut juga merupakan satu kelebihan seperti kedai makan yang banyak, pusat beli belah, bank, klinik, hospital, balai polis, stesen MRT/LRT dan lain-lain lagi. Kemudahan seperti ini menarik orang ramai untuk tinggal dikawasan tersebut kerana fasiliti yang lengkap memudahkan kehidupan mereka.

Permintaan rumah biasanya menjadi tinggi apabila terdapatnya peluang pekerjaan disesuatu kawasan.
WEAKNESS / KELEMAHAN

Antara kelemahan yang perlu anda perhatikan adalah kehadiran pendatang asing yang terlalu ramai dikawasan tersebut. Apabila terlalu ramai pendatang asing, ini menghalang orang ramai untuk tinggal di kawasan tersebut atas faktor keselamatan.

Selain itu, anda juga perlu lihat geran rumah tersebut sama ada masih master atau sudah keluar geran individu. Jika rumah tersebut masih lagi geran master dan sudah melebihi 10 tahun, anda mungkin sukar untuk mencari pembeli kerana sekatan dari kebanyakan pihak bank dalam memberi pinjaman atau pembiayaan. 

Kepadatan sesuatu rumah juga memainkan peranan kerana rumah yang baik untuk didiami adalah kawasan perumahan yang tidak terlalu sesak dan ramai. Jika kawasan tempat letak kereta terlalu penuh, ini menunjukkan penghuni dikawasan tersebut adalah terlalu padat.
Kesesakan jalan juga menjadi punca orang ramai tidak minat untuk tinggal dikawasan tersebut.
OPPORTUNITY / PELUANG

Peluang adalah satu bentuk analisis yang perlu anda lihat keadaan masa hadapan. Contohnya adalah apabila projek Mass Rapit Transit (MRT) yang diumumkan menjadi satu peluang kepada pemilik rumah yang berhampiran di stesen tersebut.

Peluang-peluang yang baik biasanya akan meningkatkan nilai sesuatu hartanah kerana permintaan yang sangat tinggi. Selain itu, pembangunan baru sesuatu kawasan juga sangat penting seperti wujudnya restoran Mcd, pusat beli belah Jusco dan hospital.

Dengan wujudnya pembangunan baru, ini meningkatkan lagi permintaan orang ramai terhadap rumah tersebut. Anda juga boleh membuat sedikit analisis terhadap kenaikan harga rumah dalam beberapa tahun yang lepas. Kenaikan yang tinggi memberi anda peluang untuk mendapat keuntungan kenaikan harga rumah pada masa akan datang.


THREAT / ANCAMAN

Akhir sekali adalah berkenaan dengan ancaman yang bakal anda terima jika beli rumah tersebut. Antara faktor utama yang perlu anda lihat adalah berkenaan dengan kadar jenayah seperti kes ragut, rogol dan kecurian. Kes-kes seperti ini memberi ancaman kepada orang ramai yang tinggal dikawasan tersebut terutamanya golongan wanita.

Keselamatan menjadi keutamaan setiap orang terutama apabila pulang dari kerja.
Selain itu, anda juga boleh lihat status pemaju yang menguruskan rumah tersebut. Jika pemaju sudah diisytihar bankrap, akan menjadi masalah kepada anda pada masa akan datang kerana pembangunan dikawasan tersebut mungkin akan terganggu kerana masalah pemaju tersebut.


Pihak bank juga tidak akan beri pinjaman terhadap rumah yang dimiliki oleh pemaju yang sudah bankrap. Rumah yang terlalu banyak kosong dan tidak berpenghuni juga akan menjadi satu ancaman kepada anda kerana masalah kejiranan yang tidak hidup.

Analisis SWOT ini boleh membantu anda untuk membuat keputusan dalam pelaburan hartanah. Jika anda berminat untuk belajar asas pelaburan hartanah, sertai seminar kami pada 7 Mei 2017 di Shah Alam. [DAFTAR]

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post