14 sikap orang kaya yang wajib anda contohi


Untuk menjadi kaya, bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi, pada masa yang sama bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Mereka yang bergelar orang kaya dan berjaya ini biasanya mempunyai sikap peribadi yang lain dari orang biasa-biasa.

Kami ingin kongsikan 14 sikap orang kaya yang boleh anda contohi supaya memudahkan anda menjadi orang kaya.

Tidak mudah mengalah
Untuk mencapai kejayaan, anda akan menempuh pelbagai jenis halangan. Pastikan anda teruskan berusaha dan tidak mudah mengalah walaupun cabarang dan halangan dihadapan anda adalah sangat besar. Ini adalah sikap utama yang ada pada semua orang kaya.

Tidak takut untuk gagal

Orang yang berjaya biasanya mengambil satu tindakan yang lain dari yang lain kerana mereka tidak takut untuk gagal. Setiap kegagalan itu adalah sebagai satu proses pembelajaran yang akan membantu mereka untuk berjaya. Untuk mendapatkan sesuatu yang luar biasa, anda perlu melakukan sesuatu yang luar biasa dalam hidup anda.

Tepati masa

Jika anda lambat satu saat, anda sudah terlepas satu peluang dalam hidup anda. Sebab itu semua orang kaya akan sentiasa menghormati masa mereka dan orang lain. Setiap orang mempunyai 24 jam dalam masa sehari. Tetapi, cara anda menguruskan setiap saat dalam hidup anda akan membezakan anda dan orang lain.

Hormati orang lain
Orang yang berjaya tidak suka untuk mencari musuh tetapi lebih suka menambah kenalan. Dengan menghormati orang lain, anda akan lebih disukai oleh orang ramai. Semakin ramai kenalan anda, semakin banyak peluang yang anda akan terima. Selain itu, orang yang anda hormati itu juga akan lebih suka untuk berkongsi ilmu baru dengan anda di atas sikap anda tersebut.

Baca : Takaful adalah perlindungan, simpanan atau pelaburan?

Baca buku
Nak kaya?Baca buku. Ini adalah cara paling mudah dan sudah terbukit berkesan. Orang kaya mempunyai hobi yang sama iaitu suka membaca. Hidup mereka tidak akan cukup jika tidak membaca. Walaupun sudah berjaya, mereka masih meneruskan hobi membaca ini.

Kurang menonton TV
Disebabkan terlalu sibuk dengan kerja atau hobi membaca buku, mereka tidak mempunyai masa untuk menonton TV. Ini merupakan sikap awal yang patut anda contohi kerana dengan tidak menonton TV, anda mempunyai banyak masa untuk melakukan perkara yang lebih berfaedah.

Menangguh kepuasan diri
Untuk berjaya, perkara yang perlu dikorbankan pada peringkat awal adalah pengurusan kewangan. Orang kaya lebih menghargai setiap ringgit yang mereka terima dan tidak akan berbelanja untuk perkara yang tidak penting. Mereka lebih suka berjimat dan bersederhana dalam hidup serta menangguh kepuasan diri seperti memiliki kemewahan melalui pinjaman dari pihak bank.

Tidak bertangguh

Jika ada masalah, terus selesaikan tanpa bertangguh. Jika mempunyai rancangan, terus ambil tindakan. Mereka lebih percaya jika tindakan dapat dilakukan tanpa bertangguh, mereka akan dapat banyak lagi peluang pada masa akan datang.
Berfikiran positif
Untuk jadi kaya, anda mesti percaya yang anda sebenarnya boleh jadi kaya dan bukanlah sesuatu yang mustahil. Sentiasa positif terhadap matlamat anda dan masalah yang anda hadapi. Fikiran positif ini akan membantu anda untuk terus kekal dalam mencapai apa yang anda mahu. Orang kaya ini juga tidak suka untuk 'berdebat' di laman sosial kerana perkara tersebut lebih mendatangkan perkara yang negatif.

Berkawan dengan orang positif
Bagaimana untuk jadi positif?Berkawan dengan orang yang positif terutama kawan di laman sosial. Jangan biarkan orang negatif ini menghalang anda untuk mencapai apa yang anda mahukan. Orang yang positif ini akan sentiasa berbincang berkenaan dengan peluang dan tindakan. Manakala orang yang negatif pula suka berbincang berkenaan alasan.

Menyimpan walaupun sedikit
Semakin awal anda menyimpan, semakin cepat untuk anda menjadi kaya. Simpanan ini bukan sahaja bertindak sebagai 'aset' kekayaan pada masa akan datang tetapi juga menjadikan diri anda seorang yang bersikap istiqamah.

Mempunyai matlamat yang jelas
Sebelum ambil tindakan, anda perlu mempunyai satu matlamat yang jelas. Matlamat ini akan menentukan jenis tindakan yang bakal anda ambil. Jika tidak jelas, tindakan yang diambil juga mungkin tidak tepat. Jika anda mahu memiliki RM1 juta dalam masa 30 tahun, tetapkan bebecara cara yang anda boleh ambil seperti menyimpan di unit trust, melalui pelaburan hartanah atau simpanan di takaful.

Tidak suka beri alasan
Jika gagal untuk mendapatkan sesuatu, orang yang berjaya ini tidak akan menyalahkan orang lain tetapi diri sendiri. Jika harga rumah semakin mahal, mereka akan mengambil tindakan untuk beli rumah lebih awal dengan tindakan yang betul. Mereka tidak akan sesekali menyalahkan orang lain atau pihak kerajaan. Pada masa yang sama, mereka juga percaya setiap masalah itu akan memberi peluang untuk berjaya.

Jaga hubungan dengan tuhan
Jika mahu berjaya, mintalah pada Maha Pemberi Rezeki. Selain usaha yang berterusan, anda juga menjaga hubungan anda dengan tuhan. Sentiasa berdoa untuk mendapatkan sesuatu dan bertaubat setiap kesalahan yang dilakukan. Selepas berusaha dan berdoa, perkara terakhir yang anda boleh buat adalah berserah dan percaya bahawa tindakan anda akan mendatangkan hasil.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post