Syarat permohonan rumah Selangorku (2016)



Antara projek perumahan yang mampu milik disediakan oleh kerajaan negeri adalah projek Rumah Selangorku. Projek tersebut menawarkan rumah jenis kos rendah, kos sederhana rendah, kos sederhana dan rumah mampu milik.

Banyak projek perumahan tersebut yang telah dijual kepada orang ramai dan juga masih banyak yang sedang dijual kepada pembeli. Namun, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum layak untuk memohon.

Rumah Selangorku (Jenis A)
1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
2. Bermastautin di Selangor
3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
4. Satu keluarga satu permohonan sahaja.
5. Pemohon atau suami/isteri tidak pernah memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swastaa.
6. Pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun.

Rumah Selangorku (Jenis B, C, D)
1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
2. Pendapatan isi rumah antara RM3,001.00 hingga RM8,000.00.
3. Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai ruamh di Selangor.
4. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon.
5. Pembelian adalaha untuk didiami bukan disewa.
6. Pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun.


Jenis rumah Selangorku

Jenis A : 700kps (RM42,000)

Jenis B : 750kps (RM100,000)

Jenis C : 800kps (RM150,000)
               900kps (RM180,000)
               18' x 60' (RM200,000)

Jenis D : 1000kps (RM220,000)
               20' x 60' (RM250,000)

Untuk memohon atau melihat senarai projek, sila layari website SPPH.

[Pendapatan kedua kini bukan lagi satu pilihan]
[Dapatkan Quotation takaful percuma]
[5 sebab golongan pertengahan sukar membuat simpanan]

Comments

  1. Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon.

    ReplyDelete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)