Pendapatan 'kedua' kini bukan lagi satu pilihan.

Image result for second job

Pendapatan 'kedua' atau sampingan kini bukan lagi satu pilihan. Jika dulu, anda mempunyai pilihan untuk bekerja makan gaji dan melakukan kerja sampingan selepas waktu pejabat untuk tambah pendapatan. Hari ini, memiliki pendapatan kedua sudah menjadi satu keperluan oleh semua orang untuk meneruskan hidup di negara ini.

Terdapat beberapa faktor kenapa anda perlu buat kerja 'kedua' ini:

Kos sara hidup

Semua orang tahu selepas perlaksaan Good and Services Tax (GST), kos sara hidup semakin meningkat disebabkan harga barang keperluan yang dikenakan GST. Pendapatan yang sebelum ini cukup untuk tahan selama sebulan, kini tidak lagi.

Selain mengurangkan kos perbelanjaan, cara terbaik juga adalah dengan menambah pendapatan melalui kerja sampingan. Gaya hidup yang mahal juga menjadi sebab utama ramai yang memerlukan pendapatan 'kedua' ini. Dengan pendapatan yang diterima setiap bulan hanya cukup untuk menampung kehidupan yang biasa, anda memerlukan pendapatan tambahan untuk menampung kos tambahan seperti pergi melancong, beli gadget yang mahal atau deposit rumah pertama.

Jika anda mahu simpan duit untuk beli rumah pertama, anda boleh baca artikel ini 'Cara kumpul deposit untuk beli rumah'.

Bersara awal

Jika anda mahu bersara awal, anda memerlukan simpanan duit serta pendapatan pasif yang banyak-- dan kurangkan hutang. Semakin banyak simpanan serta pelaburan yang anda buat, semakin awal anda boleh bersara dari bekerja.

Pendapatan 'kedua' yang diterima bleh dijadikan sebagai satu pelaburan untuk jangka masa panjang iaitu 10 hingga 15 tahun.

Image result for retirement

Keluarga

Salah satu punca anak-anak menjadi tidak terkawal adalah kerana kurangnya pengawasan dari ibu bapa. Ini kerana kedua ibu bapa kini sibuk bekerja di pejabat dan tidak mempunyai masa yang cukup bersama anak-anak.

Ibu bapa hari ini bekerja untuk menampung kos perbelanjaan harian keluarga. Oleh itu, jika mereka mempunyai pendapatan pasif yang dirancang sejak dari awal lagi, mereka tidak perlu risau tentang kos sara hidup.

Ketika masih belum berkahwin, itu adalah masa terbaik untuk bekerja keras siang dan malam agar kehidupan selepas berkahwin lebih mudah.

Langkah awal kerja sendiri

Ramai yang mengimpikan untuk berhenti makan gaji dan mahu bekerja sendiri. Pendapatan 'kedua' yang anda buat juga boleh dijadikan sebagai satu langkah awal sebelum mula bekerja sendiri sepenuh masa.

Sebagai contoh, hari ini anda bekerja makan gaji dan pada masa yang sama juga menjadi seorang perunding kewangan secara sambilan. Apabila pendapatan yang diterima dari kerja perunding kewangan sudah kukuh atau sama seperti kerja hakiki anda, sudah tiba masanya anda fokus untuk bekerja sebagai perunding kewangan sepenuh masa.

Banyak pekerjaan yang anda boleh lakukan jika mahu berhenti makan gaji seperti menjadi pemandu Uber, menjadi perancang kewangan seperti unit trust atau takaful, perniagaan melalui internet dan lain-lain lagi.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post