Nak beli rumah tapi tak cukup deposit. Ini cara kumpul deposit untuk beli rumah.



Deposit yang terlalu tinggi menjadi punca ramai orang sukar untuk memiliki rumah.

Itu tidak masuk lagi kos-kos sampingan seperti bayaran kepada peguam, penilai dan lain-lain lagi.

Namun, sekarang lebih mudah sebab banyak skim yang kerajaan umumkan untuk bantu orang ramai memiliki rumah seperti Skim MyDeposit.

Selain itu, kalau anda beli rumah dari pemaju, anda juga mungkin hanya mengeluarkan deposit yang rendah malah anda mungkin akan terima rebate.

Jom baca beberapa cara yang boleh anda ikut untuk kumpul deposit.



Simpanan

Ini antara cara paling mudah iaitu dengan membuat simpanan setiap bulan. Tetapi, cara ini mungkin mengambil masa yang agak lama.

Jika anda simpan RM1,000 sebulan, setahun anda sudah kumpul RM12,000. Tetapi, RM1,000 setiap bulan mungkin agak besar bagi sesetengah orang.

Jika anda menyimpan di tempat yang tidak memberi keuntungan, itu mungkin satu kerugian.

Anda boleh simpan di satu akaun yang boleh beri anda pulangan dalam masa setahun walaupun sedikit.

Simpan di dalam akaun ASB juga mampu beri anda pulangan yang tinggi sehingga 7% setahun.

Pada masa yang sama, anda juga boleh cuba buat simpanan secara paksa iaitu dengan membuat pembiayaan ASB yang mana dividen tahunan lebih tinggi.


Kad kredit

Mungkin anda akan rasa pelik bagaimana kad kredit boleh membantu anda dalam mengumpul deposit.

Walaupun ianya adalah hutang, apa yang lebih penting adalah bagaimana kita menguruskan kad kredit kita.

Dengan kad kredit, anda boleh gunakan fasiliti tunai untuk bayaran deposit dan jumlah tersebut anda hanya perlu bayar secara ansuran.

Namun, anda juga perlu kira kelayakan pinjaman perumahan selepas gunakan fasiliti kad kredit tersebut. Jangan sampai pinjaman perumahan anda tidak lulus kerana komitmen yang tinggi.

Dalam pelaburan hartanah, pengurusan hutang adalah sangat penting bagi memastikan pinjaman perumahan kita sentiasa dalam keadaan yang baik dan mudah untuk bank luluskan.




Pinjaman peribadi

Sering dilabel sebagai hutang jahat.

Jika anda mahir menguruskan hutang, pinjaman peribadi bukan sahaja boleh dijadikan deposit malah sebagai bayaran penuh untuk rumah yang murah seperti rumah lelong.

Lebih menguntungkan jika anda mendapat tawaran pinjaman peribadi yang disertakan kadar keuntungan yang rendah seperti mereka yang kerja di jabatan kerajaan.

Tetapi, jangan sesekali membuat pinjaman peribadi dari ah long atau mana-mana syarikat kredit yang menawarkan interest yang sangat tinggi dan tidak munasabah.

Satu lagi teknik yang anda boleh cuba adalah apabila anda menyewakan semula rumah anda, penyewa yang akan tolong bayarkan pinjaman anda ke pihak bank.




Keluarga

Jika anda bernasib baik dilahirkan dari golongan keluarga yang kaya mungkin anda boleh dapatkan deposit dari ibu bapa anda.

Kebanyakan ibu bapa yang mampu, tidak akan menghalang anak mereka beli rumah kerana mereka tahu rumah adalah satu aset yang wajib mereka miliki.

Namun, bagi mereka yang tidak dapat bantuan dari ibu bapa, anda juga boleh cuba dengan ahli keluarga lain seperti adik beradik atau saudara mara.

Sebenarnya, anda boleh tawarkan Joint ventures (JV) dengan adik beradik atau saudara mara anda.
Anda boleh kongsikan keuntungan melalui rumah sewa dengan mereka. Dengan cara ini, mereka sebenarnya bukan memberi pinjam wang tetapi lebih kepada membuat pelaburan dengan anda.

Jika masih tidak dapat dari ahli keluarga, anda boleh cuba dengan rakan-rakan anda dengan menawarkan JV dan perkongsian keuntungan.

Jika anda masih muda, anda mungkin harus fikirkan masa depan anak-anak anda di masa hadapan. Mereka mungkin perlukan bantuan kita untuk memiliki rumah yang semakin mahal harganya.




Business / Kerja sambilan

Ini antara cara paling mudah jika anda minat untuk buat business. Zamaan sekarang anda tidak perlu keluar rumah untuk berniaga kerana anda hanya boleh gunakan platform internet untuk berniaga.

Antara peluang perniagaan yang paling ramai orang buat adalah dengan menjadi ejen dropship untuk sesuatu produk. Dengan cara ini, anda tidak perlu mengeluarkan modal yang tinggi dan juga anda tidak perlu simpan stok banyak-banyak.

Keuntungan yang anda perolehi boleh dijadikan sebagai deposit rumah. Semakin banyak anda buat untung melalui perniagaan anda, semakin cepat anda kumpul deposit anda.



ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)