Beli kereta lebih mudah. Ini sebab utama kenapa ramai malas beli rumah

Image result for buy car 
Lepas kerja nanti nak beli kereta apa?

Ini antara soalan utama yang sering bermain di minda anak muda yang baru sahaja dapat kerja.

Salah satu sebab kenapa soalan tersebut menjadi keutamaan anak muda adalah kerana pendedahan terhadap kereta.

Amat jarang sekali untuk kita lihat anak muda mula fikir tentang pembelian rumah pertama selepas mendapat pekerjaan.

Nak tahu kenapa kereta lebih mendapat perhatian berbanding rumah?

Pinjaman mudah lulus.

Ya. Ini antara faktor utama kebanyakan anak muda fokus untuk beli kereta terlebih dahulu. Pinjaman untuk beli kereta lebih mudah lulus.

Lebih menarik lagi, mereka juga ditawarkan skim graduan dimana mereka hanya perlu dapatkan kerja pertama sahaja untuk beli kereta.

Manakala pinjaman perumahan pula, banyak perkara yang bank perlu lihat seperti komitmen setiap bulan, KWSP, gaji yang stabil, CCRIS dan banyak lagi.
Dengan gaji yang rendah pun boleh beli kereta.
Banyak diskaun dan promosi.

Penjual kereta kini sudah mula memberi pelbagai diskaun dan promosi terutama pada musim perayaan.

Jika anda lihat sekarang, pembeli kereta dihadiahkan barang seperti astro, kad touch and go dan banyak lagi. Ini salah satu taktik untuk menggalakkan pembeli untuk beli kereta.

Iklan yang banyak juga menjadi salah satu sebab kereta menjadi keutamaan berbanding rumah. Bukan sahaja di televisyen dan radio, malah penggunaan internet yang lebih meluas kini menjadi satu platform periklanan yang kuat.

Dalam hartanah, pemaju juga ada memberi banyak diskaun dan promosi terutama untuk perumahan yang mahal dan masih baru.
Ada pemaju menawarkan pakej umrah percuma kepada pembeli rumah. Menarik.
Deposit rendah

Bukan sahaja deposit rendah malah pembeli juga boleh beli kereta tanpa deposit langsung.

Dengan mendapat pekerjaan sahaja, anda sebenarnya sudah layak untuk beli kereta menggunakan pinjaman pihak bank.

Ini berbeza dengan membeli rumah dimana pembeli harus menyediakan sekurang-kurangnya 10% sebagai deposit.

Ini tidak termasuk lagi bayaran kepada peguam dan juga penilai.

Nampak mewah

Belajar 3 tahun di university, beli kereta mungkin dianggap sebagai hadiah setelah penat lelah menghabis segulung ijazah.

Kita memang sudah didedahkan dengan gaya hidup seperti dalam drama television di mana kereta dalah lambang kemewahan dan kejayaan.
Sehinggakan bakal mak mertua pun akan tanya, ''naik kereta apa?'
Kereta yang dianggap hadiah itu akhirnya menjadi beban kerana hutang sehingga 9 tahun dengan pihak bank. Lebih membebankan lagi, kereta yang perlu di jaga setiap hari itu semakin berkurang nilainya.

Nasihat kami, beli kereta sebenarnya tidak salah jika kita tahu bagaimana untuk mengurus kewangan dengan baik.

Tetapi, jika dengan pembelian kereta menyebabkan anda tidak cukup simpanan setiap bulan dan anda tidak mampu beli rumah, itu pasti sesuatu yang perlu anda fikirkan.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)