5 Sebab Kenapa Pengikut 'Amran Fan' Masih Belum Beli Rumah


Baru-baru ini satu page FB yang mempunyai ramai followers  telah membuat satu kenyataan di FB berkenaan dengan pemilikan hartanah oleh pelabur hartanah atau pembeli hartanah yang membeli beberapa buah rumah.

Apa yang cuba disampaikan oleh page tersebut adalah mereka yang mempunyai banyak rumah adalah golongan kapitalis yang mengambil kesempatan terhadap orang ramai yang tidak mampu beli rumah.

Jika seorang pembeli rumah membeli 5 buah rumah, ini bermakna mereka telah mengambil hak orang lain. Pada masa yang sama, ini menyebabkan orang ramai akan terus menyewa sampai bila-bila.

Berdasarkan post tersebut, ramai juga pengikut page tersebut yang bersetuju dan ramai antara mereka masih belum memiliki rumah dan terus menuding jari ke arah pelabur hartanah.

PELABUR HARTANAH PUNCA ORANG RAMAI TIDAK MEMILIKI RUMAH?

Kami nak kongsikan kenapa anda tidak patut salahkan pelabur hartanah tetapi salahkan diri sendiri jika masih belum memiliki hartanah.

1. Ilmu

Ketika waktu lapang, apa yang anda lakukan? Cuba semak aktiviti masa lapang anda. Adakah anda sedang membaca buku pelaburan hartanah, datang ke seminar beli rumah dengan mudah, baca ilmu perkongsian hartanah di Facebook atau...anda sedang layan FB page Amran Fan?

Ilmu membezakan sama ada seseorang itu mampu untuk memiliki hartanah atau tidak.

Alasan utama yang diberikan oleh orang ramai adalah harga rumah yang semakin mahal.

Tahukah anda, anda boleh jumpa rumah yang masih lagi bawah RM100k di Lembah Klang jika anda pandai mencari peluang. Melalui acara lelong juga, anda boleh jumpa harga rumah yang lebih murah.

2. Tak Sedar Diri

Ya. Masih ramai yang tidak sedar dengan pendapatan dan harga rumah yang di beli.
Jika anda bergaji RM2000, anda memang tidak akan dapat memiliki rumah teres di Lembah Klang.

Tidak salah untuk duduk di rumah Flat atau apartment kerana anda sudah memiliki aset sendiri.
Sekarang pun anda boleh mohon banyak skim pembelian rumah yang Kerajaan tawarkan.
Ambil sahaja peluang yang ada tidak kira rumah kecil atau besar.

Lebih parah, sindrom tidak sedar diri ini semakin merebak apabila dengan gaji yang sedikit, mereka mampu memiliki kereta yang mahal atas alasan 'mudah' untuk pinjaman lulus.

3. Komitmen terlalu tinggi

Sebaik sahaja habis belajar, ramai yang terburu-buru untuk beli kereta idaman, ambil kad kredit, ambil pinjaman peribadi untuk kahwin dan melancong.

Bila hutang anda dengan bank semakin meningkat, ini bermakna harga rumah yang anda boleh beli adalah semakin berkurang.

Jangan terkejut jika ramai yang muflis disebabkan oleh pinjaman kereta dan pinjaman peribadi.

Ramai yang tidak ambil peduli untuk memiliki rumah ketika muda. Ini sangat rugi.
Ketika muda, komitmen anda masih rendah, dan umur anda juga masih muda menyebabkan bayaran bulanan adalah rendah.

4. Tiada Kesedaran

Bila lihat pada kenyataan page Amran Fans tersebut, ada menyatakan trend orang muda membeli rumah semakin meningkat.

Ini adalah trend yang bagus berbanding trend trend lain yang tidak bermanfaat.
Namun, kesedaran yang masih lagi rendah menyebabkan orang ramai tidak mahu merancang untuk beli rumah.

Sedangkan memiliki rumah mampu memberi anda manfaat seperti pendapatan pasif melalui sewa dan juga pendapatan tambahan apabila nilai rumah semakin meningkat setiap tahun.

Berdasarkan statistik dibawah, apa yang boleh anda lihat? Sedih.



5. Kawan Negatif

Jika anda mahu berjaya atau sekurang kurangnya ingin memiliki rumah, berkawanlah dengan mereka yang positif dan memiliki matlamat yang sama.

Jika anda ingin beli rumah dan anda minta pendapat mereka yang tidak pernah beli rumah, anda akan kecewa dengan jawapan yang diberikan.

Cuba semak balik kawan-kawan anda di Facebook. Adakah mereka semua menulis perkara yang positif sahaja? atau menulis perkara negatif?

Cuba semak balik page Facebook yang macam mana anda like? Adakah berbentuk ilmiah atau hiburan semata-mata.


Memiliki hartanah memang mudah jika anda tahu caranya.
Cuba baca 7 Punca Utama Pinjaman Perumahan Anda Di Tolak
Previous Post Next Post