Kenapa bakal usahawan perlu bermula di syarikat kecil dan sederhana

Image result for entrepreneur startup

Sebelum bermula sebagai seorang usahawan, banyak perkara yang perlu dipelajari dari orang yang berpengalaman. Ada yang redah dan belajar melalui pengalaman sendiri dan ada juga yang 'berkuli' dengan seseorang sebelum mulakan perniagaan sendiri.

Jika anda mahu jadi seorang usahawan dan mahu bekerja makan gaji dahulu, mulakan dengan syarikat yang kecil dan sederhana--elakkan syarikat yang besar. Nak tahu kenapa?

Sistem atau SOP

Apabila anda bekerja di sebuah syarikat yang kecil dan sederhana, kebanyakan sistem yang digunakan oleh syarikat adalah 'manual'. Ini bermakna, anda perlu melakukan sendiri tanpa bantuan dari sistema atau software yang hebat. Melalui cara ini, anda lebih mudah untuk menjadi 'pakar' dalam sesuatu bidang.

Selain itu, anda sendiri juga akan terlibat dengan Standard of Procedure (SOP) sesebuah syarikat pada peringkat awal. Perkara ini sangat penting untuk anda jika mahu bangunkan sebuah syarikat sendiri pada masa akan datang. Anda sudah tahu cara yang betul untuk bina satu SOP syarikat dan dapat mengurangkan kesalahan.

Jika anda bekerja di syarikat yang besar, mereka sudah ada sistem yang kuat dan SOP yang sudah siap terbina. Anda tidak akan terlibat secara langsung dengan dua perkara tersebut.

Terus ke 'Leader'

Ini adalah peluang paling besar sekali dalam hidup anda--melapor terus ke pemilik syarikat. Syarikat kecil dan sederhana biasanya mempunyai lapisan jawatan yang kecil. Walaupun anda seorang staff biasa, anda mempunyai hubungan yang dekat dan rapat dengan pemilik syarikat tersebut.

Banyak perkara yang anda boleh belajar seperti cara pemilik syarikat tersebut menguruskan masalah syarikat, belajar untuk jadi seorang pemimpin yang hebat dan juga melihat seorang pemimpin syarikat melayan staff mereka dengan baik.

Anda juga berpeluang untuk memberi cadangan dan pendapat terus ke pemilik syarikat untuk menambah baik prestasi syarikat. Perkara seperti ini digalakkan di syarikat kecil dan sederhana--tidak di syarikat besar kerana suara anda mungkin tidak akan di dengar.

Baca 'Pendapatan kedua kini bukan lagi satu pilihan'.

Jika anda bekerja di sebuah syarikat yang besar, anda mempunyai banyak lapisan jawatan untuk sampai ke pemilik syarikat--biasanya tidak akan jumpa. Oleh itu, anda hanya boleh belajar sesuatu dari mereka yang tidak mempunyai pengalaman menguruskan syarikat sendiri--pengurus anda!

Proses pembelajaran luas

Dalam syarikat kecil dan sederhana, walaupun jawatan anda adalah untuk satu unit sahaja, anda masih perlu buat banyak perkara lain walaupun luar di bidang anda. Ini adalah sesuatu yang hebat kerana anda boleh belajar banyak perkara.

Biasanya, anda akan terlibat dari peringkat awal lagi iaitu proses mendapatkan pelanggan, mendapatkan kontrak dengan pelanggan, selesaikan permintaan pelanggan dan kutip bayaran dari pelanggan. Apabila anda terlibat dalam proses dari awal hingga akhir, anda tidak akan mempunyai masalah jika mahu menubuhkan syarikat sendiri.

Syarikat yang besar biasanya tidak menawarkan peluang seperti ini. Anda mungkin hanya akan terlibat dalam sebahagian proses sahaja iaitu seperti jika anda dalam unit pemasaran, anda mungkin terlibat dalam mencari pelanggan sahaja. Manakala proses lain akan diuruskan oleh unit yang lain.

Jika anda bekerja makan gaji atau bekerja sendiri, anda boleh dapatkan quotation takaful secara percuma di sini [KLIK SINI]

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post