Beberapa jenis pengeluaran KWSP yang boleh meringankan beban anda




Sebagai seorang pekerja, anda berhak untuk menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari majikan anda dan juga pemotongan dari gaji anda sendiri.

Caruman yang dilakukan setiap bulan akan dimasukkan ke dalam dua akaun yang berbeza iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. 

Anda sebenarnya boleh mengeluarkan duit dari simpanan tersebut mengikut tujuan yang dibenarkan oleh pihak KWSP. Namun, kami ingin berkongsi beberapa jenis pengeluaran yang boleh meringankan beban anda sebelum berumur 55 tahun.

Sila klik pada jenis pengeluaran dibawah untuk maklumat yang lebih lengkap.

Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Jika anda ingin mengurangkan baki pinjaman perumahan, anda boleh memohon pengeluaran Akaun 2 bagi mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan tersebut. Pinjaman perumahan tersebut mestilah dari institusi kewangan yang dibenarkan oleh pihak KWSP.

Pengeluaran ini bukan sahaja untuk ahli, malah boleh juga bagi membantu pasangan ahli yang mempunyai baki pinjaman perumahan.

Jumlah yang boleh dikeluarkan dari Akaun 2 tersebut adalah sama ada jumlah baki pinjaman perumahan atau semua simpanan dalam Akaun 2. Baki minimum yang perlu ada dalam simpanan Akaun 2 adalah sebanyak RM500.

Jika anda ingin menyelesaikan baki pinjaman perumahan, anda boleh pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan.


Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan di akaun 2 bagi tujuan pendidikan ahli atau anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat). Pengajian adalah di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di dalam negara atau luar negara.

Jenis pengajian yang dibenarkan adalah dari peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah dengan kursus yang dibenarkan oleh pihak KWSP sahaja.

Bagi peminjam PTPTN, anda boleh menggunakan duit KWSP untuk menyelesaikan baki pinjaman anda.

Pengeluaran ini membolehkan ahli KWSP mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 mereka untuk membuat pelaburan amanah saham.

Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan bagi menambah dan meningkatkan jumlah simpanan persaraan ketika usia persaraan.

Pengeluaran yang dibenarkan adalah tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana yang dibenarkan dan diluluskan oleh pihak Kementerian Kewangan.



Pengeluaran ini membolehkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk tujuan membeli rumah. Pengeluaran rumah kedua hanya boleh dibuat selepas rumah pertama dijual sahaja.

Syarat utama permohonan ini adalah Perjanjian Jual Beli mestilah tidak melebihi  3 tahun selepas ditandatangan oleh ahli.

Jumlah pengeluaran yang boleh dimohon adalah perbezaan antara harga rumah dengan jumlah pinjaman yang diterima dan di tambah 10% dari harga rumah tersebut.

Bagi pinjaman perumahan 100%, anda hanya boleh buat pengeluaran sebanyak 10% dari harga rumah sahaja.



Anda boleh mengeluarkan simpanan Akaun 2 anda bagi tujuan pembayaran pinjaman perumahan anda secara bulanan. 

Melalui pengeluaran ini, pihak KWSP akan mengeluarkan simpanan Akaun 2 anda dan terus masuk ke akaun simpanan anda. Duit tersebut mestilah digunakan bagi tujuan bayaran bulanan kepada pihak bank.

Salah guna duit tersebut boleh menyebabkan anda didakwa oleh pihak KWSP.

Jika anda mempunyai masalah kesihatan dan terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi, anda boleh menggunakan sebahagian simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal.

Pengeluaran ini juga terpakai jika penyakit tersebut dihidapi oleh ahli keluarga anda.

Antara jenis penyakit yang dibenarkan adalah seperti kanser, penyakit mental, sistem saraf dan penyakit lain yang dibenarkan oleh pihak KWSP.

Jika anda sudah berjaya terpilih untuk pergi ke Haji, anda boleh mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan asas untuk mengerjakan Haji.

Syarat utama adalah anda sudah menerima surat tawaran dengan status 'TERPILIH'. Selain itu, ahli KWSP juga tidak mempunyai simpanan yang cukup di dalam Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi tujuan mengerjakan Haji.

Semoga anda mendapat manfaat dari caruman KWSP anda dan gunakan sebaiknya bagi meringankan beban anda.

442 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post