4 perkara anda perlu tahu sebelum berurusan dengan ejen hartanah

totaljobs
Sebelum korang nak beli rumah, korang akan berurusan dulu dengan ejen hartanah sebab diorang telah dilantik oleh tuan rumah untuk menjual rumah tu.

Sebelum korang nak jumpa dengan ejen hartanah, lebih baik baca yang ni dulu dan fahamkan.

1. Ejen tidak boleh luluskan pinjaman perumahan anda

Ramai yang anggap bila berurusan dengan ejen hartanah, mereka yang akan luluskan pinjaman perumahan mereka.

Memang kadang-kadang ejen hartanah ni buat extra services tolong submitkan loan korang dekat bank. Tapi kalau kena reject jangan salahkan ejen tu pulak.

Ejen hartanah hanya boleh bagi nasihat untuk anda tetapi hanya pihak bank yang akan meluluskan permohonan anda.
Sebab tu kalau boleh, sebelum nak beli rumah tu korang semak dulu sama ada loan korang boleh lulus ke tak. Takde la nanti korang buang masa hantar loan kat bank tapi kena reject.


2. Ejen banyak masa
Kalau korang ingin membatalkan atau menukar waktu perjumpaan korang dengan ejen hartanah, sila beritahu ejen tersebut dengan lebih awal. Jangan last minute baru nak bagitahu.

Lebih teruk lagi ada yang diam je. Bila ejen hartanah tu call , tak angkat pulak.

Mereka memang tidak terikut dengan waktu pejabat, tetapi masa mereka adalah bernilai.

Mereka mempunyai banyak lagi perjumpaan dengan bakal pembeli yang lain

Jangan salahkan ejen hartanah jika mereka jual rumah tersebut kepada orang lain!


3. Ejen tidak buat keputusan untuk anda
Sebelum datang berjumpa dengan ejen hartanah, pastikan anda sudah tahu berapa bajet untuk harga rumah dan ciri-ciri rumah yang ingin anda beli.

Anda juga perlu buat kajian sendiri terhadap kemudahan yang disediakan di kawasan tersebut.

Sekali lagi, ejen hartanah hanya boleh beri nasihat kepada anda tetapi anda sendiri yang perlu buat keputusan.

Jangan minta swimming pool jika hendak beli rumah low cost!


4. Ejen tidak boleh cepatkan proses tukar nama
Bila korang dah tandatangan Perjanjian jual beli (SNP), urusan seterusnya akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak peguam.

Namun, masih ada ejen hartanah yang menawarkan servis untuk follow up rumah korang sehingga proses selesai.

Tetapi, jangan pula korang marah ejen jika proses tukar nama menjadi lambat kerana proses tersebut diuruskan oleh pihak peguam

Nak tau kenapa pinjaman anda kenal tolak? Baca sini



ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)