Tak cukup duit nak makan. Cuba buat 5 perkara ini untuk dapat makan FREE.

johnywheels

Pernah tak korang rasa nak makan tapi tak cukup duit nak beli makanan. Gaji tak masuk lagi. Baki dalam akaun bank pun tak boleh bawak keluar.

Korang kalau rasa nak makan free, boleh cuba yang ni.

1. Freelance Runner

Korang boleh cuba jadi runner atau senang cerita tolong hantar barang. Cuba tanya kawan-kawan ada tak nak order makanan ke, hantar barang ke atau apa-apa je.

Sekali hantar tu, cukup la buat makan sekali.

Mudah bukan?

Kalau nak lagi serius, boleh la jadi pemandu uber. Tiap masa ada penumpang. Nak jadi part time pun boleh.


2. Kenduri Kahwin

Time cuti sekolah ni mesti ramai yang buat majlis kahwin. So, rajin-rajin kan diri tu datang semua kenduri kahwin kawan-kawan.

Dapat jumpa kawan, dapat makan jugak.

Jangan pulak korang datang kenduri kalau tak dijemput.
Kalau dah datang kenduri kahwin tu, join sekali basuh pinggan cawan tu. Baru lah meriah majlis perkahwinan tu.

3. Event

Korang biasa online kat FB mesti nampak orang buat event macam launch new produk kan.
Biasanya diorang yang buat event ni akan buat makan-makan walaupun tak banyak.

Nak lagi best, pergi event besar macam launching property. Biasanya makan sedap-sedap lepastu siap ada talk percuma lagi.

Untung kan?

Korang boleh jugak try pergi majlis gotong royong kat kawasan kejiranan korang tu. Yang tu pun confirm ada banyak makanan disediakan. Biasanya tak habis pun makanan tu.

Last sekali, korang boleh pergi ke shopping mall. Lepastu try je tester yang orang bagi tu. Kalau tak malu, ambil banyak kali.


4. Kerja part time kedai makan

Biasanya kalau kerja kat kedai makan, dapat makan free. Korang cuba minta kerja kat kedai makan part time. 

Minta kerja masa hujung minggu. So, hujung minggu je dapat makan free. Siap dapat gaji lagi.

Kalau nak best lagi, minta kerja dekat hotel. Makanan dia memang terbaik dan sedap.


5. Pergi masjid/surau

Bulan puasa ni, kalau korang nak jimat, pergi je buka puasa kat masjid.

Setiap hari pergi ke masjid yang berlainan sebab nanti korang boleh rasa pelbagai jenis makanan.

Tapi yang penting, korang boleh kenal-kenal orang kat masjid tu.

Lagi best, lepas bulan puasa mesti korang rasa macam nak pergi masjid je sebab dah terbiasa.

Korang ada plan nak kahwin? cuba baca tip jimat majlis kahwin

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)