Cara mudah buat resume yang menarik untuk dapatkan kerja yang best



Resume yang menarik biasanya memudahkan seseorang itu mendapat pekerjaan yang baik. Majikan biasanya akan menilai bakal staff mereka pada peringkat awal melalui resume yang telah dihantar.

Jika resume yang dihantar berjaya menarik perhatian bakal majikan, anda mungkin lebih mudah untuk diterima kerja.

Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lihat bagi menjadikan resume anda nampak lebih menarik di mata bakal majikan anda.



Sesuai dengan jawatan

Resume yang anda buat mestilah sesuai dengan jawatan yang anda minta. Sebagai contoh, jika anda memohon jawatan sebagai designer, resume anda mungkin lebih menonjol dan tidak formal. Manakala jika anda memohon jawatan eksekutif pula, pastikan resume anda adalah formal.

Selain itu, pastikan maklumat dan informasi yang anda isi didalam resume tersebut adalah sesuai dengan jawatan yang anda mohon. Walaupun anda seorang yang suka akan cabaran, namun tidak sesuai jika anda memberitahu yang anda suka melompat ke syarikat lain untuk mencari cabaran baru.

Majikan biasanya mahukan staffnya bekerja untuk tempoh masa yang panjang.

Formal

Jenis tulisan atau font yang digunakan mestilah formal seperti arial atau calibri dengan saiz yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Resume yang mudah untuk dibaca lebih senang untuk mendapat panggilan interview.

Jika anda mahu sertakan resume anda melalui email, pastikan anda hantar resume tersebut dalam format PDF dan bukannya Word. Selain itu, pastikan anda lampirkan sekali cover letter atau surat iringan yang mengandungi tujuan anda menghantar resume tersebut.

Resume yang diiringi dengan cover letter nampak lebih profesional dan formal.




Susunan

Mulakan resume anda dengan meletakkan gambar yang sesuai dibahagian atas. Gambar yang formal sangat penting untuk menarik perhatian bakal majikan anda. Sekurang-kurangnya bakal majikan anda sudah dapat membayangkan wajah bakal staff mereka.

Kemudian, letakkan maklumat peribadi diri, latar belakang akademik, pengalaman kerja, skil dan kemahiran serta rujukan. Setiap maklumat berikut mestilah ditulis menggunakan ayat yang mudah faham dan tidak terlalu panjang.

Majikan hanya mahu baca beberapa isi penting berkenaan diri anda sahaja. Oleh itu, anda hanya perlu tulis maklumat yang mungkin menarik perhatian bakal majikan anda dan menjadikan diri anda lain dari orang lain.

Tatabahasa yang betul

Resume biasanya akan ditulis dalam bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa standard yang digunakan oleh kebanyakan syarikat di Malaysia. Pastikan setiap tatabahasa dan ayat anda adalah betul.

Anda boleh buat semakan dahulu sama ada melalui internet atau dengan bantuan rakan anda yang lebih mahir sebelum menghantar kepada bakal majikan anda. Resume yang baik selalunya hanya memerlukan maksimum dua muka surat sahaja.


Faham apa yang ditulis

Semasa sesi interview, biasanya soalan yang akan ditanya oleh bakal majikan adalah berdasarkan maklumat yang anda tulis didalam resume tersebut. Pastikan anda faham dan tahu apa yang anda tulis didalam resume anda.

Jangan sesekali menulis maklumat palsu dan tidak benar untuk menampakkan anda lebih hebat. Cara ini mungkin akan memakan diri sendiri apabila anda tidak mempunyai skil atau kemahiran seperti yang anda janjikan.

Selain itu, pastikan juga anda tahu apakah skop kerja untuk jawatan yang anda mohon. Sesuaikan kemahiran dan skill anda dengan jawatan yang anda mohon.


Previous Post Next Post