Pasaran hartanah kembali pulih pada bulan Mei 2016



Pada pertengahan tahun 2015, pasaran hartanah mula menampakkan tanda-tanda penurunan atas faktor kurangnya permintaan terhadap hartanah. Hal ini menyebabkan ramai orang menunggu untuk beli rumah semasa harga sudah rendah.

Trend tersebut berterusan sehingga awal tahun 2016. Namun, data yang baru dikeluarkan untuk bulan Mei 2016 menunjukkan berlakunya peningkatan dalam permintaan terhadap hartanah di Malaysia.

Ini menunjukkan tanda-tanda awal bahawa pasaran hartanah akan kembali aktif dan mendapat permintaan yang tinggi melalui transaksi jual beli. 

Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu kadar Permohonan Pinjaman Perumahan yang meningkat 5% berbanding bulan sebelumnya. Apabila semakin ramai yang mula memohon pinjaman perumahan, pasaran hartanah akan kembali aktif.
Bagaimanapun, kadar permohonan pinjaman perumahan yang diluluskan masih lagi rendah berbanding tahun sebelumnya dengan kadar penurunan sebanyak 13%. Hal ini disebabkan pihak bank masih berhati-hati dalam memberi pinjaman dan mengetatkan syarat-syarat permohonan pinjaman perumahan.
Selain itu, statistik juga menunjukkan bagi rumah yang berharga RM500,000 dan kebawah, berlakunya penurunan transaksi jual beli sebanyak 11% berbanding tahun sebelumnya. Namun, bagi rumah yang berharga antara RM500,000 hingga RM1juta, penurunan transaksi adalah sebanyak 23%.

Mungkin ini masa yang terbaik untuk anda beli rumah kerana harga yang anda boleh miliki masih lagi murah. Jika anda masih menunggu, harga rumah mungkin akan meningkat sekiranya pasaran hartanah kembali aktif

Berita lanjut : The Sun Daily
Previous Post Next Post