5 Langkah Awal Cegah Masalah Kewangan


Haritu keluar dekat TV3 apabila seorang menteri menyebut faktor utama seseorang itu muflis adalah disebabkan oleh pinjaman kereta dan pinjaman peribadi.

Cuba semak balik hutang yang kita ada sekarang, ada tak pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Kalau ada, ini bermakna kita pun mungkin akan di gelar muflis jika tidak urus hutang tersebut dengan baik.

Kami nak kongsikan sedikit 5 langkah awal bagi mencegah masalah kewangan sebelum ia menjadi parah.


1. Melabur untuk ilmu

Pernah tak anda nampak banyak seminar kewangan di adakan sekarang atau buku pengurusan kewangan yang dijual di kedai buku

Apa yang anda fikirkan?

  • Mereka buat duit dengan seminar
  • Mereka ambil kesempatan
  • Membazir beli, boleh dapat free je

Jika anda mempunyai fikiran seperti diatas, anda harus ubah cara anda berfikir dahulu sebelum anda boleh pergi jauh dalam pengurusan kewangan.

Tahukah anda bahawa setiap mereka yang mahir dalam pengurusan kewangan biasanya akan melabur dahulu dalam ilmu kewangan sebagai asas yang kukuh.

Fokus kepada ilmu yang ingin disampaikan berbanding yuran yang anda perlu bayar.

Nak belajar tapi tak suka pergi seminar sebab ramai orang. Cuba sesi personal sharing kami.


2. Berkawan dengan orang yang pandai urus duit

Kawan antara orang yang paling kuat untuk mempengaruhi gaya hidup dan pengurusan kewangan kita. Jika anda ada kawan yang selalu fokus pada pengurusan kewangan yang baik, anda sangat beruntung.

Anda boleh belajar dengan lebih praktikal sebab anda nampak apa yang dia buat.

Lebih menarik lagi, setiap kali anda lepak di mamak anda akan lebih banyak untuk bersembang tentang pelaburan hartanah, pelaburan saham, pengurusan kewangan, takaful dan lain-lain.

Topik yang paling best apabila bersembang berkenaan skim cepat kaya. Bila ada kawan yang tahu macam mana nak detect skim cepat kaya, anda tak akan terjebak dengan skim mengarut tersebut.

PS: Jika anda ada kawan ejen takaful, jangan pulau diorang walaupun dia selalu suruh ambil takaful. Sebab bila anda sakit nanti, tak guna dah nak cari dia.


3. Tangguh keseronokan sementara

Kali pertama anda dapat slip gaji, apa yang anda fikirkan?

  • Beli kereta 
  • Pergi Melancong
  • Ambil kad kredit
  • Ambil pinjaman peribadi

Ini antara keseronokan yang mungkin di idamkan oleh ramai fresh graduate bila kali pertama dapat gaji. Mungkin ada yang berkata ianya adalah reward selepas belajar sehingga 3 tahun di universiti.

Anda perlu fikir semula kerana perkara kat atas tu mungkin akan menyebabkan anda terseksa untuk 9 tahun akan datang.

Anda suka melancong? tiada masalah yang penting anda jangan berhutang hanya kerana hobi dan minat anda. Belajar untuk cari pendapatan tambahan untuk digunakan sebagai kos hobi anda.

Cuba baca 5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Guna Kad Kredit



4. Berani kata 'TIDAK'

Bila kita jalan-jalan dekat shoping mall, mesti akan ada yang approach kita untuk jual produk yang banyak promosi dan diskaun.

Masa ni, kalau anda tidak berani untuk cakap 'TAK NAK' atau 'TIDAK', anda mungkin terpaksa beli barang yang anda sebenarnya tidak perlu.

Anda beli hanya kerana merasakan barang tersebut murah dan mempunyai diskaun tanpa anda fikir sama ada ia menjadi keperluan atau tidak.

Tapi kalau dapat diskaun yang 'kaw kaw' siapa tak nak kan?

Kalau cerita bab skim cepat kaya, masa ini anda perlu berani untuk berkata TIDAK sebab masa ni anda sedang dihidangkan cerita yang anda akan jadi kaya dalam masa yang singkat.


5. Simpan, simpan, simpan

Ini adalah asas paling penting dalam pengurusan kewangan.

Kenapa susah sangat nak menyimpan?
Anda perlu faham yang menyimpan adalah satu habit yang perlu dipupuk. Anda perlu bermula seawal mungkin supaya anda sudah terbiasa dengan habit menyimpan tu.

Jika masih tidak mampu untuk menyimpan, mulakan dengan jumlah yang kecil tetapi secara tetap setiap bulan.

Setiap tabung simpanan anda mestilah mempunyai matlamat tersendiri.

Jika anda ingin menyimpan untuk dijadikan deposit beli rumah, anda boleh buat satu matlamat yang jelas seperti jumlah bulanan untuk disimpan, tempoh masa yang diperlukan dan jumlah akhir yang anda ingin dapatkan.

Jika matlamat sudah jelas, simpanan secara tetap juga menjadi lebih mudah dan efektif.

Nak tahu beza macam mana lelaki dan perempuan urus duit? baca sini Lelaki vs Perempuan

Previous Post Next Post