Sering gagal membuat simpanan setiap bulan. Ini perkara yang anda perlu tahu.



Setiap kali terima gaji hujung bulan, perkara utama yang perlu dibuat adalah bayar semua bil dan hutang yang sedia ada. Manakala pada hujung bulan pula, duit gaji sudah habis dan terpaksa menanti pula gaji yang baru untuk masuk.

Jika anda mengalami situasi diatas, mungkin anda perlu semak semula pengurusan kewangan anda. Seseorang yang tidak berjaya membuat simpanan setiap bulan menunjukkan tahap kesihatan kewangan mereka sedang tenat.

Perkara yang anda perlu tahu adalah simpanan merupakan asas kepada pengurusan kewangan yang baik sebelum anda terlibat dengan pelaburan pula.

Kami ingin kongsikan beberapa faktor dalaman yang perlu anda fikir semula tentang masalah untuk menyimpan setiap bulan.

Tiada matlamat

Sebelum terima gaji, anda perlu tahu ke manakah arah tuju duit yang bakal anda terima.

Contoh:

Simpanan : 10%
Perbelanjaan :50%
Takaful : 5%
Pelaburan : 15%
Hiburan : 10%
Lain-lain : 10%

Ini adalah contoh bagaimana anda boleh susun matlamat untuk duit gaji anda. Setiap peratus tersebut boleh diubah mengikut situasi. Jika anda sedang berniat untuk beli rumah, mungkin anda boleh tinggikan lagi peratus simpanan untuk deposit rumah.

Apa yang lebih penting adalah anda mempuyai matlamat dan tujuan penggunaan duit anda supaya tiada masalah kebocoran wang.


Nafsu besar

Kebanyakan golongan lepasan ijazah mempunyai masalah untuk mengawal nafsu perbelanjaan seperti kereta mahal, melancong, makan di tempat mewah dan banyak lagi.

Jika anda tidak mampu kawal anda pada hari ini, anda akan mempunyai masalah yang lebih besar pada masa hadapan. Orang yang berjaya biasanya akan mengorbankan nafsu mereka ketika masih muda untuk mendapat kesenangan yang lebih besar pada masa hadapan.

Contoh yang lebih mudah adalah apabila anda membeli kereta yang mahal, ini akan menyukarkan anda untuk beli rumah.

Manakala jika anda beli rumah dahulu, anda boleh sewakan rumah tersebut dan mempunyai pendapatan pasif. Anda juga tidak akan mempunyai masalah untuk beli kereta selepas itu.


Kurang ilmu 

Walaupun anda lepasan ijazah jurusan kewangan atau perniagaan, itu tidak menjanjikan anda akan selamat dari masalah kewangan. Teori yang anda pelajari di dalam kelas tidak semuannya sama dan boleh dipraktikkan di dunia sebenar.

Pada hari ini, ramai golongan profesional telah di tipu melalui skim cepat kaya yang semakin berkembang di Malaysia. Walaupun bekerjaya sebagai seorang doktor, pensyarah atau arkitek, ini tidak menjanjikan anda selamat dari ditipu oleh skim tersebut.

Apabila mereka percaya bahawa skim cepat kaya tersebut boleh menjadikan mereka hidup senang, mereka tidak akan membuat simpanan. Selain itu, faktor lain yang menjadikan mereka kurang ilmu pengurusan kewangan adalah tidak mempunyai minat untuk baca buku berkaitan kewangan dan juga tidak mempunyai masa untuk hadir ke seminar kewangan atau pelaburan.


Belum 'terkena'

Apabila sudah terkena, baru ingin berubah.

Mungkin anda tidak nampak apa kepentingan menyimpan pada hari ini kerana masa depan yang masih tidak pasti. Namun, anda bertanggungjawab untuk memastikan masa depan anda lebih cerah tanpa masalah kewangan.

Apabila sudah berumur 40 tahun, mungkin agak terlewat untuk bermula dengan simpanan kerana waktu ini sepatutnya anda sudah menuai hasil pelaburan anda. Semakin awal anda bermula, semakin cepat untuk anda mendapatkan hasil atau keuntungan.

Selain itu, rata-rata yang beli kereta dengan pinjaman sehingga 9 tahun juga akan rasa menyesal apabila mereka terbeban dengan hutang yang tinggi setiap bulan. Permohonan pinjaman perumahan juga terpaksa ditolak atas faktor komitmen yang terlalu tinggi.



Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)