Pemilihan lokasi yang kurang tepat antara punca pelaburan hartanah tidak menjadi.




Tidak semua lokasi sesuai untuk dijadikan pelaburan hartanah. Ada diantara lokasi yang boleh berikan pulangan atau keuntungan yang tinggi dan ada juga yang tidak memberikan sebarang keuntungan malah kerugian pula yang perlu ditanggung.

Lokasi menjadi faktor penting pemilihan sesuatu hartanah kerana permintaan yang tinggi terhadap lokasi tersebut. Semakin tinggi permintaan hartanah terhadap lokasi tersebut, semakin bagus lokasi tersebut.

Namun, walaupun lokasi hartanah tersebut terletak di tengah-tengah bandar namun permintaan tidak bagus, pelaburan hartanah anda mungkin tidak akan menguntungkan. Manakala jika di luar bandar pula, jika permintaan tinggi, pelaburan hartanah anda boleh berikan keuntungan yang lebih baik.

Kami ingin kongsikan beberapa faktor yang menyebabkan lokasi hartanah menjadi pilihan orang ramai.

Pusat pendidikan

Jika sesuatu kawasan itu mempunyai pusat pendidikan seperti universiti atau kolej, permintaan terhadap hartanah akan meningkat sama ada dari segi jual beli atau sewa rumah.

Permintaan biasanya datang dari para pelajar yang belajar di universiti berhampiran dan juga pensyarah yang bekerja di universiti tersebut. Ini bermakna, anda tidak akan mempunyai masalah rumah tidak berpenyewa.

Selain itu, transaksi jual beli juga akan sentiasa mendapat permintaan terutama dari pembeli yang ingin melabur di kawasan tersebut. Pembeli lebih percaya bahawa kawasan tersebut akan lebih menguntungkan atas faktor kehadiran penyewa.

Baca : Pelajar bina rumah 3 bilik dengan kos RM20,000 sahaja

Pusat beli belah

Sesuatu kawasan akan menjadi tumpuan orang ramai apabila wujudnya sebuah pusat beli belah.

Orang ramai suka dengan kehadiran pusat beli belah tersebut kerana akan memudahkan mereka untuk mendapatkan sesuatu barang keperluan. Selain itu, pusat beli belah juga akan menjadi tempat untuk beriadah atau berhibur bersama keluarga dengan aktiviti seperti menonton wayang, bermain boling dan berkaraoke.

Kehadiran pusat beli belah ini juga akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk berhampiran atau orang luar. Ini sekaligus meningkatkan permintaan orang ramai terhadap rumah untuk disewa.

Rumah yang berhampiran dengan kawasan pusat beli belah tersebut juga lebih mudah untuk dijual dengan harga yang lebih mahal kerana kawasan yang strategik. Ramai yang suka apabila hanya perlu berjalan kaki menuju ke pusat beli belah.

Baca : Tak Ada Duit Boleh Beli Rumah Ke?

Bangunan pejabat

Apabila sesuatu kawasan terdapat banyak bangunan pejabat, ini bermakna peluang pekerjaan akan meningkat. Lebih menarik lagi apabila golongan yang bakal menyewa ini adalah golongan eksekutif dan lebih berkemampuan.

Peningkatan sewa rumah akan berlaku apabila permintaan dari golongan yang sanggup untuk menyewa mahal ini meningkat.

Permintaan untuk beli terhadap rumah tersebut juga akan meningkat apabila ramai yang ingin tinggal di rumah sendiri dan berhampiran dengan pejabat. Ramai juga yang sanggup bayar mahal untuk harga rumah supaya tidak menghabiskan masa di atas jalan raya untuk pergi ke pejabat.

Fasiliti lengkap

Jika anda tinggal di sesuatu kawasan, antara fasiliti wajib yang perlu ada adalah seperti bank, kedai runcit, stesen minyak, klinik, pejabat pos, restoran 24 jam dan macam-macam lagi. Apabila sesuatu kawasan itu lengkap denga fasiliti yang memudahkan hidup anda, anda akan lebih gemar untuk tinggal di kawasan tersebut.

Fasiliti tersebut akan memudahkan hidup mereka terutama bagi mereka yang bekerja waktu pejabat dan tidak mempunyai banyak masa.

Baca : Kempen '1 Anak, 1 Rumah'. Bagaimana yang bergaji rendah?

Pengangkutan awam

Data menunjukkan bahawa rumah yang berada berhampiran dengan stesen LRT mempunyai kenaikan harga rumah yang tinggi berbanding rumah yang berada lebih jauh dari stesen LRT.

Faktor utama yang membawa kepada kenaikan tersebut adalah permintaan dari penyewa yang menggunakan pengangkutan awam sebagai kenderaan harian mereka. Mereka lebih gemar menaiki pengangkutan awam dari menghadap kesesakan jalan raya terutama di bandar Kuala Lumpur.


Berdasarkan beberapa faktor di atas, kenaikan harga rumah disebabkan oleh permintaan yang tinggi dari orang ramai. Selain itu, penyewa juga sanggup bayar sewa lebih mahal untuk mendapatkan manfaat seperti berhampirand dengan pejabat dan mempunyai fasiliti yang lengkap.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)