Jangan Jadikan Anak Sebagai Pelan Persaraan Hari Tua Anda. Rancang Sendiri


Jika dulu ibu bapa yang sudah bersara atau pencen masih boleh mengharapkan anak-anak untuk beri bantuan kewangan setiap bulan.

Berbeza keadaan pada hari ini apabila anak-anak sendiri yang hidup dalam keadaan kos sara hidup yang lebih tinggi berbanding 10-20 tahun lepas.

Oleh sebab itu, pelan persaraan perlu dirancang oleh setiap orang supaya kehidupan selepas bersara atau pencen boleh diteruskan tanpa bantuan kewangan dari anak.

# Kadar Kenaikan Gaji Tidak Selari Dengan Kos Sara Hidup

Kadar kenaikan kos sara hidup jauh lebih laju berbanding gaji yang diterima.

Ini menyebabkan duit yang diterima semakin hari semakin mengecil atau purchasing power untuk setiap individu menjadi lebih rendah.

Contoh yang dapat dilihat adalah dalam keadaan harga rumah yang terlalu tinggi berbanding purata gaji rakyat Malaysia.

Perkara seperti ini menyebabkan generasi atau anak-anak kita tidak sesuai lagi dijadikan sebagai pelan persaraan. Ini kerana mereka mempunyai financial survival yang berbeza. Mungkin lebih berat berbanding generasi hari ini.


# Ada Tapi Tak Cukup

Sudah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua dan tidak lagi bekerja.

Untuk memberi satu jumlah yang banyak mungkin agak sukar untuk anak-anak kerana mereka juga mempunyai tanggungan lain.

Ibu bapa perlu merancang dari awal pelan persaraan mereka sendiri supaya dapat diteruskan hidup selain dari mengharapkan akaun KWSP dan juga pencen.

Statistik yang dikeluarkan oleh KWSP juga menunjukkan majoriti pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan untuk persaraan yang mencukupi.

Baca : Pilih Persaraan Yang Terbaik

Apa pandangan anda? Cuba kongsikan pandangan anda diruangan komen dibawah.


Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)