4 Sikap Majikan Yang Menjadi Punca Gen Y Tidak Minat Bekerja


Salah satu sebab yang menjadi punca staf tidak minat bekerja dengan sesuatu syarikat adalah kerana sikap majikan itu sendiri.

Berikut adalah empat (4) sikap majikan yang menjadi punca ramai Gen Y tidak minat bekerja dengan syarikat tersebut.

#1 Diskriminasi

Setiap orang memang tidak suka bila berlaku diskriminasi terhadap diri mereka.

Antara contoh diskriminasi yang sering berlaku adalah berkenaan jantina, umur, kaum dan juga hubungan.

Diskriminasi yang berlaku menyebabkan satu pihak mendapat manfaat manakala satu lagi pihak tidak mendapat manfaat yang sama tanpa alasan yang kukuh.

Kes seperti ini menyebabkan ramai staf mencari kerja di syarikat lain.

Image result for employer


#2 Tidak Up To Date

Ada sesetengah majikan yang masih lagi beroperasi dengan menggunakan cara atau teknologi yang lama.

Ini menyebabkan kerja yang dilakukan tidak efisien dan efektif. Ada juga majikan yang tidak mahu untuk melabur untuk menggunakan teknologi terkini bagi memudahkan staf melakukan kerja.

Selain itu, persekitaran tempat bekerja yang suram dan hanya memberi gambaran negatif juga menyebabkan staf kurang rasa semangat untuk bekerja.

#3 24 Jam Tentang Kerja

Golongan Gen Y pada hari ini sangat mementingkan gaya hidup yang seimbang.

Sikap sesetengah majikan yang suka bertanya tentang kerja ketika di waktu luar pejabat menyebabkan staf rasa tidak selesa.


#4 Dengar Dan Diam

Akhir sekali, ada juga sesetengah majikan yang masih mengamalkan gaya suruhan terhadap staf dengan hanya dengar dan diam.

Staf hanya perlu mendengar arahan dan melakukan tanpa perlu bertanya.

Ini menyebabkan staf rasa kurang penglibatan dalam kerjaya serta syarikat.

Gen Y pada hari ini lebih suka untuk berbincang dengan lebih terperinci kerana segala maklumat kini mudah untuk didapati.

Pandangan anda pula bagaimana?cuba kongsikan di ruangan komen dibawah.

Comments

Eryna Tailor said…
betul tu, majikan kadang2 x up to date, sbb tu sy suka buat bsnes sndri..hehe

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)