Simpan RM100 Sebulan Untuk Pastikan Raya Tahun Depan Tanpa Masalah Kewangan


Setiap kali sambutan Hari Raya pasti ramai yang terpaksa mengeluarkan banyak duit untuk pelbagai perbelanjaan.

Sebab itu anda semua disarankan untuk mempunyai simpanan khas untuk sambutan hari raya sebagai perbelanjaan seperti petrol, tol, penginapan, makan minum dan lain-lain lagi.

Kami sarankan untuk anda menyimpan sebanyak RM100 sebulan mulai bulan ini untuk sambutan Hari Raya tahun depan.

Berikut adalah antara perbelanjaan yang anda boleh gunakan dengan simpanan Hari Raya sebanyak RM1,200 tersebut.

#1 Penginapan

Setiap kali balik kampung, perkara pertama anda perlu fikir dalah penginapan. Jika keluarga kecil, anda mungkin tiada masalah untuk tinggal satu rumah dengan keluarga yang lain.

Tetapi, bagi keluarga besar anda mungkin terpaksa menginap di tempat lain seperti hotel dan homestay.

Kadar bagi penginapan satu keluarga untuk satu malam adalah antara RM300 hingga RM400 satu keluarga. Anda dapat tidur ditempat yang selesa dan lebih terjaga.

#2 Petrol & Tol

Perbelanjaan petrol dan tol adalah satu perkara wajib yang anda perlu keluarkan.

Setiap kali Hari Raya anda pasti perlu pergi ke satu rumah ke satu rumah yang lain dengan menaiki kereta. Jadi, banyak kos yang perlu dikeluarkan.

Melalui simpanan Hari Raya yang anda telah sediakan, anda tidak perlu risau lagi untuk pergi berhari raya walaupun jarak yang jauh.

#3 Makan & Minum

Setiap kali balik kampung untuk berhari raya, anda pasti ingin merasai pelbagai jenis makanan dan masakan. Sama ada yang dibuat sendiri atau dijual.

Bukan itu sahaja, setiap kali pulang ke kampung untuk juga ingin membawa buah tangan kepada ibu dan bapa anda di kampung.

#4 Perbelanjaan Anak-Anak

Bagi yang mempunyai ramai anak pasti mengetahui ragam dan kerenah anak-anak yang sering meminta untuk beli sesuatu.

Anda juga pasti tidak mahu mengecewakan anak-anak sendiri.

Simpanan Hari Raya ini juga dapat membantu anda untuk menghadapi situasi seperti ini.

#5 Kecemasan

Akhir sekali, anda juga perlu bersedia jika menghadapi masalah atau kecemasan seperti sakit atau kerosakan kenderaan.

Pastikan anda masih mempunyai tunai di tangan sehingga pulang dari kampung. Ini bagi memastikan perjalanan pulang anda berjalan lancar.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post