Perkara Wajib Anda Perlu Lakukan Apabila Sudah 2 Tahun Bekerja


Individu yang sudah bekerja pasti mempunyai sesuatu untuk dicapai selepas beberapa tahun bekerja.

Salah satu perkara yang perlu dicapai adalah memenuhi dan mencapai pengurusan kewangan yang baik.

Kami senaraikan perkara wajib yang anda perlu lakukan apabila sudah dua (2) tahun bekerja.

# Simpanan Kecemasan 3 Bulan

Ramai individu yang baru bekerja mengambil mudah dengan tidak mempunyai simpanan kecemasan.

Simpanan kecemasan ini akan membantu anda ketika waktu kecemasan terutama masih lagi baru bekerja. Simpanan ini akan mengelakkan anda dari membuat pinjaman dari kad kredit, pinjaman peribadi atau dari kawan-kawan anda sendiri.

Dalam tempoh 2 tahun bekerja, anda digalakkan untuk mempunyai simpanan sehingga 3 bulan gaji anda.

Jika gaji anda adalah RM3,000, anda mesti mempunyai simpanan kecemasan berjumlah RM9,000.

Ini bermakna anda perlu menyimpan antara 12% hingga 15% selama 2 tahun dari gaji anda.

# Pelan Perlindungan
Pelan perlindungan sebaiknya diambil secepat mungkin. Namun, jika terdapat halangan, pastikan dalam tempoh 2 tahun pertama anda sudah memiliki pelan perlindungan.

Untuk permulaaan, ambil pelan perlindungan yang minimum juga sudah memadai.

Ini kerana anda perlu sentiasa review dan boleh upgrade apabila sudah mempunyai keperluan yang lebih tinggi.

Anda digalakkan untuk mengambil pelan perlindungan dengan jumlah caruman bulanan tidak melebihi 10% dari gaji anda.

# Pelaburan Berisiko Rendah/Sederhana
Dalam tempoh dua tahun pertama bekerja, anda juga sudah sepatutnya mempunyai satu pelaburan yang berisiko rendah dan sederhana.

Contoh pelaburan yang anda boleh lakukan adalah seperti ASB dan Unit Trust.

Mulakan dengan satu jumlah yang anda boleh melabur dengan selesa. Cadangan dari kami adalah antara 10% hingga 20%.

Anda hanya perlu pastikan pelaburan ini adalah untuk jangka masa panjang dan pastikan review pelaburan anda setiap 3-5 tahun.


# Rancangan Membeli Rumah
Anda tak perlu tergesa-gesa untuk mendapatkan rumah pertama.

Perkara pertama anda perlu lakukan adalah merancang dengan baik pembelian rumah pertama. Rancangan ini bagi memastikan rumah yang anda beli adalah berbaloi.

Sama ada untuk pelaburan atau duduk sendiri.

Beberapa perkara yang anda boleh rancang dalam tempoh dua tahun pertama bekerja adalah seperti:
  • Penyediaan deposit 
  • Lokasi rumah 
  • Untuk pelaburan atau duduk sendiri 
  • Jenis rumah 
Perkara paling penting adalah penyediaan deposit rumah yang mungkin terlalu besar bagi sesetengah orang.

Namun, rancang dari awal akan memastikan pembelian rumah pertama anda lebih mudah.

Ada lagi perkara wajib lain yang anda perlu lakukan? Kongsikan pandangan anda dibawah

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post