Pelan persaraan mana lebih baik : ASB, Unit Trust, atau PRS?

Image result for plan a plan b

Jika anda mempunyai peruntukan sebanyak RM300 sebulan untuk dilaburkan dan digunakan sebagai dana persaraan, apakah instrumen pelaburan yang anda pilih?

Kali ini, kami ingin buat analisis dan perbandingan mengenai tiga (3) jenis instrumen pelaburan yang berbeza iaitu ASB, Unit Trus dan PRS.

Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Melalui ASB ini, anda mempunyai pilihan untuk melabur melalui dua (2) cara iaitu sama ada menggunakan duit anda sendiri atau menggunakan pembiayaan bank.

Berdasarkan pengiraan keuntungan, simpanan ASB dengan pembiayaan bank lebih menguntungkan jika anda kekalkan dividen yang diterima setiap tahun di dalam akaun tersebut.

Dengan RM300 sebulan, anda boleh dapatkan pembiayaan dengan anggaran sebanyak RM60,000 untuk tempoh 30 tahun. Jika anda mengambil pembiayaan, ini bermakna anda sudah mempunyai rekod pinjaman dengan pihak bank.

Baca : Perbezaan keuntungan simpanan ASB dan pembiayaan ASB

Selain itu, jika anda tidak mahu menggunakan pembiayaan bank, anda juga boleh masukkan RM300 setiap bulan terus ke dalam akaun ASB.

Pada tahun 2016, dividen yang diberikan adalah sebanyak 6.75sen seunit dan juga bonus sebanyak 0.50 seunit. Dividen tersebut juga adalah paling rendah dalam sejarah ASB sendiri.

Risiko pelaburan ASB adalah sangat rendah kerana harga bagi setiap unit adalah kekal RM1.00/unit.

Unit Amanah / Unit Trust

Unit Amanah atau Unit Trust pula sedikit berbeza dengan ASB (walaupun ASB juga merupakan instrumen unit trust). Kadar keuntungan unit amanah diterima melalui dividen dan juga keuntungan kenaikan harga.

Terdapat banyak dana yang anda boleh pilih dalam pasaran ekuiti mengikut tahap risiko yang berbeza iaitu rendah, sederhana dan tinggi.

Risiko pelaburan unit amanah ini lebih tinggi berbanding ASB kerana harga bagi setiap unit adalah berubah-ubah. Boleh naik, boleh turun.

Untuk tempoh panjang dan dijadikan sebagai dana persaraan, unit amanah boleh memberikan kadar keuntungan secara purata 10% - 12% setahun.

Anda boleh melabur dengan menggunakan tunai secara lump sum, simpanan tetap setiap bulan atau menggunakan simpanan akaun 1 KWSP anda. Tetapi, anda perlu berhati-hati kerana berdasarkan rekod, tidak ramai individu yang mengeluarkan akaun 1 KWSP mendapat keuntungan yang baik.

Baca : Pelaburan unit trust RM300 sebulan menjadi RM1juta selepas 30 tahun

Anda boleh semak prestasi semasa dana disini :



Private Retirement Scheme (PRS)

Sama seperti ASB dan unit trust, PRS juga merupakan satu pelaburan di dalam ekuiti terpilih.

Kerajaan memperkenalkan skim persaraan swasta ini bagi membantu:

  1. Meningkatkan lagi dana persaraan selain dari KWSP
  2. Peluang individu yang bekerja sendiri untuk mewujudkan dana persaraan
  3. Pelepasan cukai

Pelaburan PRS juga menawarkan dana yang berbeza mengikut risiko rendah, sederhana dan tinggi. Jika anda pilih dana berisiko rendah, pulangan juga lebih rendah. Tetapi, jika anda pilih dana berisiko tinggi, pulangan yang diterima juga akan tinggi.

Dari segi keuntungan tahunan, kadar keuntungan PRS lebih rendah berbanding ASB dan unit trust lain.

Namun, kelebihan yang anda boleh dapat dengan PRS adalah pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setiap tahun. Kelebihan ini tidak terdapat pada ASB dan unit trust.

Setiap dari instrumen kewangan dan pelaburan mempunyai kelebihan dan kekurangan untuk setiap individu. Lebih baik lagi jika anda boleh diversify pelan persaraan anda supaya risiko dapat dikurangkan.

Selain tiga (3) jenis pelan persaraan di atas, masih terdapat banyak lagi instrumen pelaburan yang anda boleh dapatkan.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post