Perbezaan keuntungan simpanan ASB dan pembiayaan ASB

Image result for mutual fund investment
Salah satu instrumen pelaburan yang mempunyai kadar risiko yang rendah dan selamat adalah melalui Amanah Saham Berhad (ASB). Terdapat dua kaedah yang anda boleh lakukan melalui ASB ini sama ada melalui simpanan tunai atau melalui pembiayaan bank.

Pada hari ini, ramai yang mula mengambil pembiayaan ASB kerana keuntungan serta dividen yang diterima adalah lebih tinggi berbanding kaedah simpanan tunai. Selain itu, pembiayaan ASB juga sering digelar force saving untuk membantu golongan yang sukar untuk membuat simpanan setiap bulan.

Berikut adalah perbezaan antara simpanan tunai ASB dan pembiayaan ASB.

Simpanan tunai ASB

Simpanan tunai ASB boleh dilakukan jika anda mempunyai lebihan wang setiap bulan dan tidak dikira sebagai komitmen anda. Anda juga bebas untuk memilih sama ada mahu menyimpan atau tidak pada bulan tersebut.

Contoh:

Simpanan setiap bulan : RM600
Kadar keuntungan dividen dan bonus hujung tahun :
dividen adalah berdasarkan baki minimum setiap bulan-
Bulan 1 : RM600 x 0.075/12 = RM3.75
Bulan 2 : RM1,200 x 0.075/12 = RM7.50
Bulan 3 : RM1,800 x 0.075/12 = RM11.25
...
Bulan 12 : RM7,200 x 0.075/12 = RM 45.00

Jika anda menyimpan RM7,200 pada bulan 1, keuntungan yang anda terima adalah sebanyak RM7,200 x 7.5% = RM540.



Pembiayaan ASB pula adalah simpanan yang dilakukan di dalam akaun ASB dengan menggunakan pembiayaan dari pihak bank. Oleh itu, nama anda kini sudah mempunyai hutang atau komitmen dengan pihak bank.

Contoh:

Pembiayaan RM100,000 : RM600 sebulan
Kadar keuntungan dividen dan bonus hujung tahun : RM200,000  x 7.5% = RM15,000

Pada tahun pertama, anda akan menerima anggaran keuntungan dari dividen dan bonus sebanyak RM15,000. Keuntungan yang diterima adalah lebih tinggi berbanding simpanan sendiri melalui tunai kerana keuntungan berdasarkan simpanan RM200,000.



Simpanan ASB melalui tunai walaupun sedikit sahaja keuntungan tetapi memudahkan anda untuk memohon pembiayaan lain seperti rumah dan kereta kerana anda tidak mempunyai komitmen yang tinggi.

Namun, dividen dan bonus yang diterima pada hujung tahun juga akan membantu permohonan pembiayaan anda yang lain. Oleh itu, jika anda merancang untuk beli rumah dalam masa terdekat, anda tidak digalakkan untuk mengambil pembiayaan ASB.

Jika anda merancang untuk beli rumah selepas 3 atau 5 tahun, anda digalakkan untuk mengambil pembiayaan ASB ini dan gunakan keuntungan tersebut sebagai deposit pembelian rumah.

Selain itu, pembiayaan ASB juga memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi terhadap bayaran ansuran yang perlu anda bayar. Jika terlepas bayaran, rekod anda dalam CCRIS akan kelihatan buruk dan sukar untuk membuat pembiayaan lain.


Comments

  1. admin, pelik la cara kira....sekejap 100k kejap 200k....

    pada pandangan saya sekiranya pembiayaan 100k=600 sebulan, admin kena tolak jumlah dividen setahun ($7500) tolak jumlah bayaran bulanan setahun ($7200). Jumlah bersih dapat $300.

    berbeza dgn simpan secara tunai setahun $7200 tambah dividen $45.. jumlah bersih dapat $7245.

    persoalannya adakah selepas setahun pembiayaan kita boleh terminate dan dapat bersih jumlah bayaran bulanan yg kita buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAH BETOL TU.. MANA 1 YG BETOL?? LOAN 100k ATAU 200k??

      Delete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)