Insuran rumah : MLTT vs MRTT

Image result for home insurance

Kenapa perlu ambil insuran untuk pembiayaan perumahan anda?Supaya waris anda tidak perlu menanggung hutang tersebut jika sesuatu berlaku terhadap diri anda. Jika anda mempunyai insuran, pembiayaan rumah anda dengan pihak bank akan ditanggung oleh syarikat insuran dan rumah anda bebas dari hutang tertunggak.

Terdapat dua jenis insuran untuk pembiayaan perumahan iaitu Mortgage Level Term Takaful (MLTT) dan Mortgage Reducing Term Takaful (MLTT). Kedua-dua jenis insuran ini adalah patuh syariah.

Berikut adalah beberapa perbezaan antara MLTT dan MRTT.

Mortgage Level Term Takaful (MLTT)

MLTT mempunyai manfaat di mana insuran tersebut akan menanggung berdasarkan jumlah pembiayaan yang awal.

Contohnya :

Jumlah pembiayaan rumah : RM200,000
Selepas 10 tahun, baki pembiayaan : RM150,000

Jika berlaku kematian terhadap individu tersebut, pihak syarikat insuran akan menanggung jumlah sebanyak RM200,000 walaupun baki hanya tinggal RM150,000. Dalam kes di atas, pihak insuran akan memberikan wang sejumlah RM200,000 kepada waris atau penama dan menjadi tanggungjawab penerima tersebut untuk melunaskan baki pembiayaan tersebut kepada pihak bank.

Baca : 31 perkara yang anda perlu tahu sebelum melabur dalam hartanah

Insuran ini lebih menguntungkan kerana bukan sahaja dapat menyelesaikan baki hutang tertunggak tetapi juga waris akan menerima wang pampasan tambahan.

Namun, jumlah premium yang perlu dibayar juga adalah sangat tinggi dan biasanya perlu dibayar setiap tahun. Untuk insuran jenis ini, individu tersebut biasanya perlu menggunakan wang sendiri kerana tidak termasuk dalam pembiayaan perumahan.

MLTT juga boleh di pindah milik ke unit rumah yang lain jika anda mahu menjual rumah sedia ada.

Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)

MRTT pula menyediakan manfaat di mana insuran ini hanya menanggung jumlah hutang yang tertunggak sahaja.

Contohnya :

Jumlah pembiayaan rumah : RM200,000
Selepas 10 tahun, baki pembiayaan : RM150,000

Jika berlaku kematian terhadap individu tersebut, pihak syarikat insuran hanya akan menanggung jumlah baki pembiayaan iaitu RM150,000. Untuk insuran ini, fungsi utama adalah untuk menanggung baki pembiayaan dengan pihak bank tanpa memberikan pampasan tambahan kepada waris.

Pihak bank biasanya menawarkan pembiayaan tambahan untuk insuran ini. Selain itu, bayaran premium pula hanya dibayar sekali sahaja.

Baca : Kereta pertama - Baru atau terpakai?

Jika anda seorang pelabur hartanah..

Anda mungkin boleh mengambil MRTT kerana premium tersebut boleh dimasukkan ke dalam pembiayaan hartanah. Jadi, anda tidak perlu mengeluarkan wang tambahan.

Anda juga boleh mengambil MLTT jika anda mahu jual rumah tersebut dalam masa terdekat atau anda mahu refinance rumah tersebut. Anda boleh pindahkan insuran ini ke unit rumah anda yang lain atau baru.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post