Wakaf : Elemen pengurusan kewangan yang sering dilupakan



Salah satu elemen penting dalam pengurusan kewangan dan sering dilakukan oleh golongan kaya adalah wakaf. Namun, anda sebenarnya tidak perlu tunggu menjadi kaya untuk mula berwakaf kerana banyak aktiviti wakaf yang anda boleh lakukan.

Apa itu wakaf?
Wakaf adalah menjadikan harta sendiri kepada harta yang akan digunakan dan memberi manfaat kepada orang ramai.

Wakaf terbahagi kepada dua (2) iaitu :

1. Wakaf kepada ahli keluarga
Harta yang diberikan untuk manfaat ahli keluarga

2. Wakaf kebajikan
Harta yang diberikan bagi tujuan manfaat umum orang ramai dan juga untuk pembangunan ekonomi.

Antara aktiviti wakaf yang anda boleh lakukan adalah :
  • Pembangunan masjid dan juga tempat beribadat
  • Projek saliran air sungai
  • Penulisan mushaf, kitab-kitab yang bermanfaat dan aktiviti pembacaan
  • Pembekalan air perigi, air paip dan seumpamanya
  • Pembangunan pertanian
  • Program pendidikan ilmu yang berguna dan diamalkan
Sesetengah aktiviti wakaf itu sendiri tidak perlu melibatkan perbelanjaa yang besar. Sekarang terdapat banyak program wakaf yang anda boleh sertai dengan hanya mengeluarkan modal yang kecil dan boleh dilakukan secara online sahaja.

Selain itu, anda juga boleh mewakafkan tanah anda untuk kegunaan orang ramai tanpa perlu mengenakan sebarang bayaran. Anda bukan sahaja dapat manfaat di akhirat malah dapat membantu orang ramai.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post