Hutang terlalu tinggi? Ikut langkah ini untuk kurangkan hutang anda dengan mudah dan teratur

Related image
Masalah utama yang sering dihadapi oleh golongan muda pada hari ini adalah masalah hutang terlalu tinggi. Apabila sudah tersilap langkah, mereka sendiri terpaksa membayar hutang setiap bulan dan menyebabkan tiada simpanan yang mampu dilakukan.

Antara hutang yang menjadi masalah kepada mereka adalah seperti hutang kereta yang terlalu tinggi, pinjaman peribadi untuk kegunaan yang tidak bermanfaat dan hutang kad kredit. Jika anda dalam situasi ini, berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan hutang tersebut.


Fokus hutang paling rendah

Jika anda mempunyai beberapa hutang yang perlu dibayar setiap bulan, fokus kepada hutang yang paling rendah jumlahnya. Ini bagi membolehkan hutang tersebut diselesaikan lebih awal.

Contoh :

Pinjaman peribadi : RM20,000 (ansuran bulanan RM400)
Hutang kad kredit : RM3,000 (ansuran bulanan RM300)

Melalui contoh di atas, anda perlu fokus kepada hutang kad kredit kerana baki hutang tersebut hanya tinggal RM3,000 sahaja. Setiap bulan, buat lebihan bayaran untuk selesai lebih awal. Gunakan bonus atau pendapatan tambahan anda untuk selesaikan hutang yang lebih rendah dahulu.

Walaupun jumlah hutang yang perlu dibayar adalah sama sahaja, namun faktor psikologi menunjukkan anda kini hanya mempunyai satu hutang sahaja. Selepas ini, anda boleh mula fokus kepada hutang tersebut.


Fokus hutang paling singkat

Selain fokus kepada hutang paling rendah jumlahnya, semak juga tempoh bayaran hutang tersebut. Jika jumlah hutang adalah sama, fokus kepada tempoh bayaran.

Contoh :

Pinjaman peribadi : RM10,000 (5 tahun)
Hutang kad kredit : RM10,000 (2 tahun)

Walaupun baki hutang adalah sama namun tempoh bayaran adalah berbeza. Seperti contoh di atas, hutang kad kredit mempunyai tempoh bayaran yang pendek iaitu 2 tahun berbanding pinjaman peribadi (5 tahun).

Penyusunan semula pinjaman (Restructured loan)

Jika bayaran hutang setiap bulan terlalu tinggi dan membebankan, anda boleh memohon dengan pihak bank untuk menyusun semula pinjaman anda. Penyusunan semula hutang bermaksud semua hutang anda menjadi satu sahaja.

Semua pinjaman peribadi dan kad kredit akan menjadi satu akaun dan biasanya terletak di dalam akaun pinjaman peribadi. Melalui cara ini, pihak bank boleh membuat jadual bayaran baru dengan tempoh yang lebih panjang tetapi bayaran bulanan yang lebih rendah supaya anda tidak terbeban.

AKPK

Jika anda gagal untuk mendapatkan persetujuan dengan pihak bank, anda boleh dapatkan bantuan dari pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) untuk menyelesaikan masalah anda. Mereka akan berbincang dengan bank bagi pihak anda.

Tugas AKPK hanya membantu menyusun semula pinjaman anda dan bukan membantu mengurangkan hutang anda.


Tambah pendapatan, kurang perbelanjaan

Cara terakhir yang paling efektif adalah dengan meningkatkan pendapatan serta mengurangkan perbelanjaan. Pada hari ini, terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk menambah pendapatan terutama melalui medium internet.

Semakin banyak anda berjaya tambah pendapatan, semakin cepat anda dapat selesaikan hutang anda.


Orang lain tolong bayar

Ini adalah kaedah atau teknik yang sering digunakan oleh 'orang kaya'. Walaupun hutang mereka banyak, namun hutang tersebut tidak mengurangkan pendapatan mereka kerana semua hutang tersebut dibayar oleh orang lain.

Salah satu cara yang anda boleh guna adalah melalui hartanah:

Sewa - Jika anda mempunyai rumah yang boleh disewakan, jadiakan lebihan tunai dari sewa yang di terima untuk digunakan sebagai ansuran bulanan hutang anda.

Sublet - Jika anda tidak mempunyai rumah sendiri, anda boleh buat sublet iaitu dengan menyewa rumah dari orang lain dan sewakan semula kepada individu lain dengan tambah nilai yang berbeza.

Refinance - Rumah sedia ada juga boleh digunakan untuk refinance untuk mendapatakan tunai yang banyak dan selesaikan semua hutang anda.



Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)