Beli rumah bukan semata-mata untuk menjadi kaya tetapi mengelak menjadi miskin


Ramai golongan muda pada hari ini sudah mula sedar tentang kepentingan memiliki rumah pertama seawal usia terutama selepas mendapat pekerjaan. Jika dahulu, golongan ini berjumpa-lumba untuk menambah hutang seperti kereta yang mahal, pinjaman peribadi dan kad kredit, tetapi tidak lagi pada hari ini.

Perkara baik ini terjadi disebabkan oleh perkongsian dari golongan yang berpengalaman dalam bidang hartanah sendiri untuk memberi kesedaran kepada golongan muda melalui seminar atau media sosial.

Kenapa beli rumah?

Jika anda tanya kepada pelabur hartanah, rumah merupakan medium untuk mendapatkan keuntungan. Namun, individu yang tidak berminat untuk melabur hartanah juga masih perlu beli rumah atas beberapa faktor berikut.

Elak menjadi miskin

Seperti yang semua maklum, harga rumah semakin hari semakin mahal. Bukan sahaja berlaku di negara kita tetapi juga di negara luar. Apabila harga rumah semakin mahal, kemampuan untuk memiliki rumah pula semakin berkurang.

Baca : Tip jimat duit ketika pergi melancong

Seperti yang berlaku di negara luar, peningkatan harga rumah menyebabkan ramai yang hanya mampu menyewa sahaja. Apabila anda memiliki rumah, anda sebenarnya telah mengambil satu langkah untuk memastikan kewangan anda lebih terjamin.

Kenaikan harga rumah mungkin menyebabkan ramai yang terbeban. Tetapi, kenaikan ini juga memberi manfaat kepada tuan rumah kerana kenaikan tersebut mampu menangani masalah kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi.

Aset hari tua

Beli rumah untuk duduk sendiri atau untuk tujuan pelaburan adalah satu tindakan yang bijak. Ketika muda, komitmen yang perlu ditanggung adalah masih lagi sedikit berbanding apabila sudah tua.

Rumah yang anda miliki boleh dijadikan aset untuk hari tua supaya anda mempunyai tempat berteduh sendiri. Anda mungkin tidak selesa untuk terus menyewa walaupun sudah bersara kerana faktor seperti ahli keluarga yang ramai dan kebebasan untuk mengubahsuai rumah.

Selain itu, aset yang dimaksudkan disini juga adalah rumah yang anda miliki boleh membantu mengurangkan beban kewangan anda melalui penyewaan. Hasil sewa rumah yang diterima walaupun tidak banyak, tetapi cukup untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian anda.

Baca : 6 matlamat kewangan yang anda perlu capai sebelum umur 30

Generasi akan datang

Jika hari ini anda merasa sukar untuk membeli rumah atas faktor harga yang semakin mahal, generasi akan datang mungkin menghadapi masalah yang sama atau lebih besar. Oleh itu, sebagai langkah untuk membantu generasi anda pada masa akan datang, sediakan rumah untuk mereka.

Rumah yang anda miliki atau ingin tinggalkan kepada generasi akan datang tidak semestinya rumah besar dan cantik. Cukup sekadar menjadi tempat untuk berlindung. Pastikan juga hutang rumah tersebut tidak diwariskan kepada anak-anak anda kerana perkara tersebut hanya akan membebankan mereka.

Lindungan pembiayaan atau pinjaman perumahan anda dengan insuran atau takaful supaya hutang tersebut dapat diselesaikan ketika anda sudah tiada.

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)