Sebelum mula melabur dalam unit trust, fahami dahulu konsep ‘purata keuntungan’


Ramai yang beranggapan bahawa melabur dalam unit trust boleh mendapat keuntungan 10% hingga 12% setiap tahun dengan mudah. Kes seperti ini berlaku disebabkan oleh kurang faham tentang konsep pelaburan unit trust itu sendiri.

Tempoh masa panjang

Dalam pelaburan unit trust, jika tempoh pelaburan adalah lebih lama, risiko juga akan semakin berkurang. Sebab itu, kebanyakan penasihat kewangan sering menyalahkan untuk melabur dalam unit trust untuk tempoh minimum 5 tahun.

Baca : Pelaburan Hartanah : Subsale atau Underconstruction

Purata keuntungan

Kadar keuntungan yang diberitahu iaitu 10% - 12% adalah purata keuntungan untuk suatu tempoh masa. Ini bukan bermakna kadar keuntungan adalah 10% hingga 12% setiap tahun. Contohnya adalah seperti berikut:

Tahun 1 : 5% keuntungan
Tahun 2 : 20% keuntungan
Tahun 3 : -2% kerugian
Tahun 4 : 15% keuntungan
Tahun 5 : 19% keuntungan

Berdasarkan jadual diatas, purata keuntungan untuk tempoh 5 tahun adalah sebanyak 11.4%. Kadar keuntungan atau kerugian adalah berdasarkan beberapa faktor seperti ekonomi semasa dan prestasi dana yang dibeli.

Jika anda hanya melabur untuk 3 tahun sahaja (jadual diatas), purata keuntungan adalah sebanyak 7.7% sahaja.

Kaedah Ringgit Cost Averaging

Kaedah ini menerangkan konsep anda membeli unit dengan banyak apabila harga menjadi murah dan beli unit dengan sedikit apabila harga menjadi mahal. Ketika harga murah, anda digalakkan untuk melabur dan membeli unit dengan banyak.

Namun, dalam konsep Ringgit Cost Averaging ini, anda beli ketika harga rendah dan harga tinggi. Contoh adalah seperti berikut,

Bulan 1 : RM0.30 seunit
Bulan 2 : RM0.28 seunit
Bulan 3 : RM0.25 seunit
Bulan 4 : RM0.29 seunit
Bulan 5 : RM0.32 seunit
Bulan 6 : RM0.26 seunit
Bulan 7 : RM0.26 seunit
Bulan 8 : RM0.23 seunit
Bulan 9 : RM0.25 seunit
Bulan 10 : RM0.29 seunit
Bulan 11 : RM0.25 seunit
Bulan 12 : RM0.24 seunit

Berdasarkan kepada harga unit diatas, jika anda melabur setiap bulan, purata harga bagi tahu tersebut adalah RM0.26 seunit. Walaupun anda beli harga seunit RM0.32 pada bulan kelima, purata setahun menunjukkan anda beli pada harga yang lebih rendah.

Oleh itu, jika anda melabur untuk jangka masa panjang, tidak perlu risau dengan kenaikan dan pengurusan harga unit setiap masa.

Baca : Tukar kereta anda dari liabiliti kepada aset

Comments

  1. Purata keuntungan ni YTD ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tuan. YTD ialah Year-To-Date. YTD dikira dari 1 Januari 2017 hingga hari ini.

      M Fakhrur Radzi
      Pm: m.me/kar33nalmania

      x]

      Delete

Post a Comment

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)