Pembiayaan Perumahan : Perbezaan antara Kontrak Jual Beli dan Perkongsian


Terdapat beberapa jenis pembiayaan perumahan yang ditawarkan oleh pihak bank seperti kontrak jual beli dan kontrak perkongsian. Berikut adalah 3 keadaan yang menerangkan perbezaan antara dua kontrak tersebut.

Keadaan 1: Anda ingin buat penyelesaian awal (Early Settlement)

Kontrak jual beli

Pelanggan akan menerima rebat (ibra') tanpa dibenarkan can penalti. Jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh pelanggan adalah = Baki harga jualan rumah - ibra' yang diberikan oleh pihak bank.

Jumlah rebat yang diberikan adalah bergantung kepada pihak bank.

Kontrak perkongsian

Untuk menyelesaikan pembiayaan tersebut, pelanggan perlu membeli keseluruhan bahagian pemilikan bank. Selepas dari itu, pelanggan tidak perlu lagi membayar sewa kepada pihak bank.

Baca: Insuran rumah : MLTT VS MRTT

Keadaan 2: Kegagalan membayar pembiayaan perumahan

Jika anda gagal membuat bayaran ansuran kepada pihak bank, rumah anda akan dilelong.

Kontrak jual beli

Jika hasil jualan dari lelong yang diterima tidak cukup untuk menampung baki pembiayaan perumahan, pelanggan perlu mengeluarkan wang sendiri untuk menyelesaikan baki tersebut.

Tetapi, jika ada lebihan, pelanggan akan menerima wang keuntungan tersebut.

Kontrak perkongsian

Jika hasil jualan dari lelong juga tidak cukup untuk menampung baki pembiayaan, pelanggan perlu menyelesaikan menggunakan wang sendiri.

Tetapi, jika ada lebihan, keuntungan tersebut akan dikongsi antara pelanggan dan pihak bank.

Keadaan 3: Projek perumahan terbengkalai

Kontrak jual beli

- Pelanggan mengambil alih pemilikan rumah tersebut walaupun tidak siap sepenuhnya dan perlu membayar ansuran kepada pihak bank mengikut jumlah ansuran semasa.
- Pelanggan juga boleh menamatkan kontrak jual beli tersebut dengan pihak bank dan perlu menyelesaikan baki pembiayaan tertunggak.
- Membuat persetujuan antara pelanggan dan pihak bank seperti melanjutkan tarikh rumah untuk siap sepenuhnya.

Kontrak perkongsian

- Pihak bank tidak boleh memaksa pelanggan untuk membeli bahagian pemilikan pihak bank sekiranya rumah tersebut terbengkalai.
- Pihak bank dan pelanggan akan menganggung kerugian hasil dari kontrak perkongsian tersebut.

Tiga (3) keadaan di atas adalah mengikut amalan dari setiap bank dan tertakluk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Baca : Pelaburan Hartanah : Subsale atau Underconstruction

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post