Lakukan 3 perkara ini bagi mengelakkan duit 'hilang' ketika berbelanja

Related image

Ramai yang gemar berbelanja ketika hujung bulan kerana waktu tersebut merupakan waktu gaji mereka baru sahaja diterima. Namun, tidak sampai sehingga hujung bulan, duit yang diterima sudah mula habis dan kebanyakannya tidak dapat dikesan.

Masalah duit selalu 'hilang' ini berpunca dari kegagalan kita mengawal setiap keluar masuk duit sendiri. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku, berikut adalah tiga langkah yang anda boleh lakukan.

Rancang

Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum menerima gaji atau pendapatan anda adalah merancang dengan baik perbelanjaan yang bakal dilakukan.

Antara perkara yang anda boleh rancang adalah berkenaan:

1. Kos petrol dan masa

Jika anda beli melalui internet, anda boleh jimat banyak masa, kos petrol dan juga lain-lain kos yang berkaitan. Oleh itu rancang sebaiknya bagi mengelakkan anda terpaksa berulang banyak kali untuk membeli barang.

Baca : 5 perkara yang anda boleh lakukan untuk berjimat di tempat kerja

2. Masa yang sesuai

Jika anda pergi ke kedai atau pusat beli belah ketika waktu puncak, anda mungkin akan habis banyak masa kerana terpaksa beratur lebih panjang untuk buat bayaran. Selain itu, elakkan juga untuk keluar ketika waktu puncak kerana anda mungkin tersangkut dijalan raya lebih lama.

3. Jualan akhir tahun / promosi

Ketika waktu promosi, anda boleh dapatkan pelbagai barang dengan harga yang lebih murah. Oleh itu, anda perlu merancang dengan baik berkenaan barang keperluan anda.

Senarai

Sebelum pergi beli sesuatu barang, pastikan anda sudah mempunyai senarai barang yang ingin dibeli. Ini bagi mengelakkan masalah anda terbeli sesuatu barang yang tidak diperlukan. Senarai barang ini juga mudah supaya anda tidak membuang masa mencari barang-barang lain di pusat beli belah.

Baca : Bagaimana untuk jimat berbelanja RM1,000 sebulan

Selain itu, senarai barang ini juga memudahkan anda merekod setiap perbelanjaan yang anda lakukan beserta dengan jumlah perbelanjaan. Jumlah perbelanjaan sangat penting supaya tidak melebihi dari bajet anda sendiri.

Banding

Untuk mendapatkan harga yang paling murah, anda perlu lakukan sedikit perbandingan antara kedai sebelum membeli. Anda boleh pergi ke dua atau tiga kedai yang berbeza dan semak harga barang yang dijual.

Setiap kedai mungkin mempunyai harga yang berbeza bagi setiap barang. Gunakan peluang ini sebaiknya bagi mendapatkan penjimatan. Anda juga boleh ambil brochure yang dikeluarkan oleh pasaraya seperti Tesco, Giant dan Jusco untuk dijadikan sebagai rujukan perbandingan.

Baca : 5 tip jimat untuk majlis perkahwinan anda

Comments

ANDA KONSULTAN KEWANGAN? (ASB, TAKAFUL, UNIT TRUST, DLL)