Bagaimana untuk jimat berbelanja RM1,000 sebulan?


Pernah tak anda check  baki dalam akaun anda hujung bulan sebelum gaji masuk?
Kalau baki yang tinggal masih lagi banyak, itu tandanya anda masih lagi mempunyai pengurusan kewangan yang baik.
Tapi, macam mana pula kalau baki di akaun anda tinggal kosong?
Itu tandanya anda perlu lakukan sesuatu terhadap pengurusan kewangan anda.

Kami nak kongsikan beberapa tip penjimatan yang anda boleh lakukan sehingga RM1,000 sebulan.


1. Siaran berbayar

Jika anda peminat bola sepak, yuran bulanan untuk siaran berbayar adalah sebanyak RM150 paling murah.
Itu tidak termasuk jika ada yang melanggan siaran movie  di mana yuran bulanan mencecah RM200.

Nasihat kami, potong sahaja siaran berbayar anda kerana anda boleh tonton melalui Astro Njoi dimana anda hanya perlu bayar ketika pendaftaran sahaja.

JUMLAH JIMAT : RM150.00
reeviewz.com

2. Internet (wifi)

Zaman sekarang, internet sangat penting terutama untuk mereka yang mempunyai business online  di mana internet adalah punca pendapatan mereka.

Jika anda masih baru dalam internet, pilih pakej yang murah di mana kos masih rendah. Yuran bulanan ada yang mencecah RM200 sebulan sedangkan anda boleh pilih yang lebih murah iaitu RM100.

Namun, jika business online anda memerlukan internet yang laju, tiada masalah untuk melanggan internet yang mahal kerana kami pasti anda sedang buat duit melalui business online anda.

JUMLAH JIMAT : RM100.00


 confused.com


3. Internet (data telefon)

Smartphone sekarang memang wajib untuk ada pelan data internet kerana kita semua mahu guna whatsapp dan Facebook.

Jika anda seorang yang bekerja makan gaji, anda perlu berada di pejabat dari pagi hingga petang. Anda tidak perlu internet yang mahal jika anda fokus pada kerja anda di pejabat.
Dan jika rumah anda sudah mempunyai wifi, anda sebenarnya tidak perlukan data pelan yang mahal.

Jika anda ambil talian pascabayar, komitmen bulanan paling murah anda adalah RM80 di mana anda sebenarnya boleh ambil pakej internet prabayar sebanyak RM30 sebulan.

JUMLAH JIMAT : RM50.00


findlocationnearme.com


4. GYM 

Ramai yang ingin datang ke Gym untuk memiliki badan yang sihat dan hidup yang sihat.

Namun, kebanyakan yuran bulanan Gym adalah RM200 sebulan jika ianya Gym yang terkenal.
Anda sebenarnya boleh jimat tanpa perlu datang ke Gym.

Buat senaman di taman, di luar rumah atau di dalam rumah. Selain itu, anda juga boleh melakukan pelbagai jenis diet untuk memiliki berat badan yang ideal.

JUMLAH JIMAT : RM200.00

5. KOPI MAHAL

Jika anda penggemar kopi mahal yag berharga RM15-RM20 untuk satu cawan, anda patut lupakan atau kurangkan aktiviti anda.

Anda sebenarnya telah membazir terlalu banyak sedangkan anda boleh dapatkan kopi yang lebih murah di Mamak!

Jika anda beli kopi tersebut sebanyak 10 kali dalam sebulan, ini bermakna anda telah belanjakan wang anda sebanyak RM200 sebulan. (RM20 x 10 kopi)

Ini salah satu pembaziran yang anda tidak sedar.

JUMLAH JIMAT : RM200.00
millionaire-manners.com


6. FAST FOOD

Waktu rehat di pejabat, ramai yang ingin dapatkan makanan yang cepat untuk sampai dan fast food adalah salah satu pilihan yang baik.

Tetapi, tahukah anda harga untuk set fast food adalah boleh mencecah RM10 untuk makanan biasa-biasa sahaja.

Jika anda pergi ke kedai fast food  yang luar biasa, set makanan lunch adalah lebih kurang RM50 untuk sekali makan!

Jika anda ambil makanan fast food yang luar biasa sebanyak 2 kali sebulan, anda sudah membelanjakan sebanyak RM50 x 4 = RM200.

JUMLAH JIMAT : RM200.00


SECARA KESELURUHANNYA, ANDA BOLEH JIMAT SEPERTI BERIKUT:

1. Siaran berbayar - RM150
2. Internet (wifi)     - RM200
3. Internet (data)    - RM50
4. Gym                     - RM200
5. Kopi mahal          - RM200
6. Fast food              - RM200
TOTAL                     : RM1,000

Ini tidak termasuk perbelanjaan lain seperti maintenance kereta, minyak kereta,kecemasan, makanan untuk sebulan dan lain-lain lagi.
Previous Post Next Post